Pengarah Urusan Pasukan Kebangsaan Jerman, Oliver Bierhoff menganggap keputusan Joachim Low menyingkirkan Thomas Muller adalah tepat.

Selepas kempen Piala Dunia yang hambar, Joachim Low telah menamatkan khidmat tiga pemain senior daripada skuad kebangsaan.

Mereka ialah Mats Hummels, Thomas Muller dan Jerome Boateng. Low mahu membentu skuad baharu yang berasaskan beberapa pemain prospek.

Tindakan itu telah dibantah oleh Bayern Munich yang menyatakan ia satu penghinaan kepada 3 pemain senior dan ketiga tiga mereka adalah bintang Bayern. Di mana ketika itu Hummels masih beraksi untuk Bayern Munich.

Terbaru, Oliver Bierhoff diajukan persoalan, sama ada Joachim Low akan memanggil semula Thomas Muller selepas prestasi luar biasa beliau musim ini.

Muller kembali kepada prestasi cemerlangnya di bawah kendalian Hansi Flick.

Bierhoff tidak menolak kemungkinan perkara itu mungkin berlaku. Namun beliau yakin Joachim Low sudah muktamad di dalam keputusannya.

Dan Bierhoff tidak rasa Joachim Low akan mengubah fikirannya.

“Saya sangat gembira dengan prestasi cemerlang Muller sejak akhir akhir ini.”

“Namun Jogi [Joachim Low] sudah jelas dengan keputusannya.”

“Beliau mahu kekal dengan pemain yang beliau ada dalam senarainya, dan para pemain ini telah meyakinkan kami.”

Bierhoff juga percaya, Low sudah membuat keputusan tepat dengan terpaksa menyingkirkan pemain senior dan memberikan kepercayaan kepada lima pemain muda Jerman.

“Saya rasa, anda sendiri tahu betapa sukarnya beliau membuat keputusan ini dan memberikan kepercayaan kepada lima pemain muda.” tegas Bierhoff kepada Kicker.

Muller sudah boleh dikira legenda Jerman dengan pencapaian beliau secara berpasukan dan individu di peringkat antarabangsa terutama sekali dalam Piala Dunia.

Sepanjang kariernya bersama Die Mannschaft, Muller menjaringkan 38 gol daripada 100 penampilan.

Baca juga perkembangan lain

La Liga Bersambung 11 Jun, Peminat Boleh Pilih Opsyen Hidup Atau Matikan Sorakan Virtual

Juventus Mahu Pastikan Sarri Dan Jorginho Bersatu Kembali

Balotelli Buat Hal Lagi