Real Madrid nampaknya masih belum mengalah dalam perebutan Kylian Mbappe.

Sebelum ini tawaran €160 juta dari Real Madrid yang dikemukakan kepada PSG telah ditolak.

Lalu Real Madrid datang dengan tawaran €180 juta dengan struktur €170 juta bayaran asas dan €10 juta lagi dibayar secara bonus.

Real Madrid yakin bahawa tawaran itu adalah yang terbaik untuk Mbappe pada ketika ini. Di mana pemain tersebut berada pada tahun akhir kontraknya.

Presiden PSG, Nasser Al Khelaifi berkeras bahawa Mbappe bukan untuk dijual. Beliau menyatakan bahawa perkara itu tak akan berubah.

Seterusnya Nasser menuduh Real Madrid hanya bermain main dengan bidaan ke atas pemain yang tidak dijual.

Ini kerana menurutnya, Real Madrid mahu menunjukkan kepada Mbappe bahawa mereka sanggup membayar apa sahaja untuk pemain itu. Pada masa yang sama membida dengan harga yang jauh daripada nilai yang diminta oleh PSG.

Sekaligus akan membuatkan Mbappe tidak fokus kepada PSG dan menolak terus tawaran kontrak lanjutan. Ini akan membolehkan Mbappe memikirkan untuk pergi secara percuma pada musim depan ke Real Madrid.

PSG masih berusaha untuk melanjutkan kontrak Mbappe pada ketika ini.

Seterusnya Pengarah Sukan PSG, Leonardo menyatakan bahawa PSG sangat marah dengan tindakan Real Madrid yang bermain pintu belakang atau strategi black ball. Real Madrid dikatakan telah menghubungi Mbappe tanpa pengetahuan PSG.

Baca juga artikel

Rooney Tak Nampak Perpindahan Ronaldo Ke City Akan Berlaku

TERKINI: Ronaldo Setuju Syarat Sertai Man City

PSG Minta Real Bayar €220 Juta Dan Langsaikan Hutang Bonus €35 Juta Kepada Monaco