Real Madrid telah melancarkan bidaan €160 juta untuk membeli Kylian Mbappe sebelum jendela perpindahan ditutup.

Namun ianya ditolak oleh PSG yang masih berusaha mahu memastikan pemain tersebut terus kekal di kelab mereka untuk tempoh yang lebih lama sekali lagi.

Mbappe sudah menolak 3 siri tawaran kontrak lanjutan yang diajukan PSG kepadanya.

Mbappe juga dikatakan sudah memberitahu PSG bahawa buat masa ini beliau tidak memikirkan untuk melanjutkan kontrak bersama mereka.

Jika Mbappe berterusan tidak mahu melanjutkan kontrak, bermakna pemain itu akan pergi percuma musim hadapan.

Mbappe kini berada pada tahun akhir kontraknya bersama dengan PSG.

PSG sebelum ini menandatangani Messi. Presideen kelab, Nasser Al Khelaifi sangat teringin melihat gandingan Messi, Mbappe dan Neymar untuk tempoh masa yang lama.

Real Madrid terus dikaitkan dengan Mbappe yang dianggap bintang penting yang menjadi sasaran utama.

Namun sebelum ini Real dikatakan sedia menunggu Mbappe menjadi ejen bebas. Jadi agak mengejutkan untuk melihat Real Madrid melancarkan bidaan tersebut.

Ianya mungkin kerana ada minat yang kuat daripada kelab lain terutama sekali laporan yang mengaitkan ada kelab EPL turut berminat mendapatkan Mbappe.

Real Madrid sudah lama tidak aktif dalam jendela perpindahan sejak pandemik melanda.

Mereka juga sudah menjual dan melepaskan beberapa pemain. Dan mereka percaya, akaun mereka sudah cukup ‘sihat’ untuk mendapatkan Mbappe dengan harga tinggi serta menawarkan kontrak besar untuk pemain itu.

PSG sudah menyenaraikan pemain seperti Richarlison sebagai pengganti Mbappe.

PSG juga berminat mendapatkan Cristiano Ronaldo jika Mbappe pergi, tetapi bukan secara pembelian, sebaliknya secara percuma.

Baca juga artikel

Ronaldo Intai Peluang Sertai Manchester City

‘Itu Jelas Foul, Ini Bola Sepak Bukannya Ragbi’

Arteta Puji Prestasi Arsenal, Peminat Kemudian Serangnya Di Luar Stadium