Chelsea dilaporkan telah melancarkan bidaan kedua mereka ke atas Romelu Lukaku. Namun bidaan tersebut ditolak oleh Inter Milan.

Pengurusan tertinggi Inter menegaskan bahawa Romelu Lukaku ‘tidak boleh dikacau’.

Gianluca Di Marzio menyatakan bahawa Chelsea membuat bidaan bernilai €100 juta dengan seorang pemain disertakan iaitu Marcos Alonso.

Lukaku merupakan pemain yang menjadi idaman Chelsea untuk dibawa pulang ke Stamford Bridge sejak era Antonio Conte lagi.

Namun usaha itu gagal, dan Chelsea ketika itu mendapatkan Alvaro Morata, dan Lukaku menyertai Manchester United.

Lukaku kemudian menyertai Inter Milan dan menjadi watak penting yang membantu Inter menjulang Scudetto sekali lagi setelah sekian lama.

Chelsea tidak akan berputus asa dengan mudah dalam usaha mereka mahu membeli pemain antarabangsa Belgium itu.

Chelsea mensasarkan beberapa nama besar di posisi serangan. Antaranya Erling Haaland dan juga Harry Kane. Namun harga dua pemain tersebut dikatakan terlalu mahal. Maka Chelsea menumpukan usaha untuk membawa Romelu Lukaku kembali ke Stamford Bridge.

Timo Werner dilihat gagal menepati ekspektasi ke atasnya. Beliau malah banyak beraksi di bahagian sayap sepanjang musim lalu.

Selain itu, Tuchel tidak yakin dengan kualiti Tammy Abraham sebagai penggalas utama tugasan sebagai penyerang utama.

Tammy Abraham malah disenaraikan dalam senarai pemain yang sedia untuk dijual atau dilepaskan secara pinjaman.