Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan nyata terkilan kerana masih ada pihak yang menyalahkan beliau ekoran masalah kewangan yang dihadapi oleh persatuan tersebut.

Menurut Bibi, beliau banyak menggunakan wang poket sendiri ketika menjadi presiden KAFA bagi menyelesaikan hutang. Justeru itu, Bibi berpendapat tidak adil untuk menyalahkan beliau selepas pengorbanan yang dilakukan demi Kelantan.

Bibi Ramjani
Casio Francisco De Jesus menyertai Kelantan ketika dibawah pimpinan Bibi Ramjani Iliyas Khan

“Dalam tempoh dua, tiga bulan pertama menjadi presiden saya sudah habiskan kira-kira RM3.2 juta untuk membayar hutang KAFA. Tunggakan gaji sahaja kira-kira RM2 juta, tidak termasuk kes FIFA.

“Jumlah wang yang digunakan itu termasuk bantuan wang daripada beberapa Exco KAFA yang diberikan dalam bentuk pinjaman. Ia kerana ketika itu kami tidak ada penaja dan terpaksa keluarkan wang sendiri.

“Jika dikira jumlah keseluruhan lebih RM6 juta dikeluarkan untuk membantu KAFA. Jadi, rasa terkilan juga sebab kita sudah berkorban wang ringgit membantu KAFA tapi orang masih menyalahkan kita,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Bibi Ramjani
Sumber Gambar: TRW FC

KAFA ketika ini berdepan dengan tuntutan bekas pemain import pasukan iaitu Cassio De Jesus, dimana mereka perlu membayar tunggakan gaji sebanyak RM629,620.28.

Selain itu, KAFA juga gagal membuat bayaran tunggakan gaji kepada Amiridzwan Taj Tajuddin yang berjumlah berjumlah RM167,304.

Baca artikel lain mengenai krisis kewangan pasukan Kelantan di sini:

KAFA Gagal Bayar Tuntutan Gaji Amiridzwan Taj Sebanyak RM167,304 Seperti Diarahkan Oleh FAM

KAFA Minta Potongan Harga Kepada Cassio De Jesus

Norfarhan Anggap KAFA Bersalah Dalam Kes Tuntutan Cassio De Jesus