Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan merayu kepada pengelola Liga Malaysia, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) agar badan itu tidak memotong mata pasukan Kelantan dalam saingan Liga Perdana musim ini.

Tindakan Bibi ini berpunca daripada kegagalan KAFA untuk menghantar dokumen yang diminta oleh MFL selepas tempoh untuk berbuat demikian berakhir pada Selasa lalu.

Meskipun gagal untuk menghantar dokumen dalam jangka masa yang telah ditetapkan, Bibi meminta belas ihsan daripada MFL agar pasukan Kelantan tidak dipotong mata kerana sebelum ini skuad bimbingan Yusri Che Lah telah dikenakan hukuman yang sama.

Bibi Ramjani
Sumber Gambar: FOX Sport Asia

“Kami sudah serahkan dokumen termasuk surat rayuan, cuma kami tidak dapat sediakan beberapa dokumen lain seperti KWSP. Ia masalah sama seperti sebelum ini, bagaimana nak selesai kerana tiada duit.

“Sekarang kami merayu MFL jangan potong mata dan berharap mereka boleh selesaikan masalah KAFA dengan menggunakan geran tahunan. Kalau KAFA tak dapat geran pun tak apa, asalkan dapat mengelak dari dipotong mata,” kata Bibi menurut laporan Berita Harian.

bibi_ramjani

Tambah Bibi Ramjani, pemotongan mata hanya akan menjejaskan moral pemain kerana masalah tersebut berpunca daripada krisis kewangan yang dihadapi, bukan masalah prestasi.

Sebelum ini, MFL meminta Kelantan, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, PDRM, Sarawak serta Melaka menyerahkan dokumen kepada MFL yang menunjukkan kestabilan kewangan pasukan, jumlah pendapatan pasukan bagi musim 2019 dan bukti serta dokumen yang menunjukkan semua tunggakan hutang sudah diselesaikan sebelum.

Sekiranya dokumen berkenaan masih tidak diserahkan dalam tempoh yang diberikan, pemotongan sebanyak tiga mata akan dikenakan kepada pasukan terbabit.