Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Bibi Ramjani Ilias Khan menafikan pihaknya gagal menjelaskan bayaran gaji pemain dan pegawai pasukan selama 5 bulan.

Menurut Bibi, KAFA berdepan masalah kerana beberapa dokumen seperti surat kontrak pemain tidak dipulangkan selepas mengambil alih pengurusan pasukan daripada KRW Sdn Bhd selepas My Inspiration Sdn Bhd menarik diri.

Bibi Ramjani
Sumber Gambar: Stadium Astro

“KAFA meminta dokumen kontrak pemain diserahkan semula namun My Inspiration Sdn Bhd gagal berbuat demikian. Malah KAFA juga bertindak melangsaikan gaji pemain bagi bulan Februari, Mac dan April dalam proses memohon bantuan dari FAM,” katanya menurut laporan Berita Harian.

“Pemain harus memahami situasi KAFA. Jangan mudah menuding jari kepada kami yang terus dibebani masalah selepas KRW menarik diri yang memberikan kesan buruk kepada ketiga-tiga pasukan.

“Beri peluang kepada KAFA untuk memperbaiki beberapa kelemahan dalam proses peralihan pengurusan.

Bibi turut memberi penjelasan mengenai situasi pemain import pasukan, Cassio De Jesus yang memutuskan untuk meninggalkan pasukan.

Cassio De Jesus
Sumber Gambar: Stadium Astro

Menurut Bibi, Cassio enggan beraksi meskipun telah menerima pengesahan daripada doktor yang beliau sudah pulih daripada kecederaan yang dialami pada awal Mac lalu.