Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Bibi Ramjani Ilias Khan mendapat gesaan daripada kelah penyokong pasukan Kelantan untuk segera meletak jawatan sebagai presiden persatuan itu.

Presiden Kelab Penyokong The Red Warriors KLIA (TRWC KLIA) Rozaki Abdul Kadir berkata bukan sahaja Bibi yang harus melepaskan jawatan beliau malah seluruh Exco KAFA turut digesa berbuat demikian.

bibi_ramjani

“KAFA sekarang ini umpama sekor ikan yang sudah buruk. Sifat ikan bila kepala sudah buruk, seluruh badan hidupan itu akan turut musnah.

“Sebab itulah, saya mahu ‘pembersihan’ secara ‘total’ dilakukan dalam KAFA supaya sinar baharu dapat dibawa masuk bagi memperbaiki segala kerosakan yang berlaku sebelum ini,” katanya menurut laporan Utusan.

Sebelum ini, sebanyak tujuh Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) telah sepakat untuk mengemukakan undi tidak percaya bagi mendesak Bibi Ramjani supaya berundur sekaligus memberikan laluan kepada EGM untuk memilih presiden baru.

bibi ramjani

SUMBER:FOURFOURTWO

Sejak Bibi Ramjani menjadi Presiden KAFA, Kelantan tersingkir ke saingan Liga Perdana musim ini serta berdepan masalah kewangan yang serius. Masalah ini menyebabkan aliran gaji pemain terganggu.

Ketika ini, Kelantan berada di tangga tercorot saingan Liga Perdana dengan catatan 9 mata.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group