Kelab Thai League 1, BG Pathum United kini menunggu kata putus dari ketua pasukan skuad kebangsaan Thailand, Teerasil Dangda mengenai tawaran yang telah diberikan kelab tersebut.

Pengurus pasukan, Surachai Jaturapattarapong menyatakan pihak kelab telah memberikan tawaran kepada Teerasil bagi menyertai pasukan musim hadapan dan kini mereka menunggu keputusan dari penyerang berusia 31 tahun itu.

BG Pathum United

“Sekarang semuanya berjalan lancar. Tawaran gaji dan beberapa perkara lain sudah kami serahkan kepada kelab beliau (Teerasil). Shimizu telah bersetuju dan kini kami menunggu keputusan dari pemain itu sendiri,” katanya.

Sebelum ini, BG Pathum dikhabarkan telah melengkapkan perpindahan penyerang import Johor Darul Ta’zim (JDT) yang juga pernah beraksi di Thai League 1, Diogo Luis Santo.

BG Pathum mahu memperkuatkan jentera serangan pasukan kerana mereka kini berada dalam kedudukan terbaik untuk melayakkan diri ke saingan AFC Champions League (ACL) musim hadapan.

Baca artikel lain mengenai BG Pathum United dan Teerasil Dangda di sini:

Media Thailand Ini Dedahkan Diogo Luis Santo Capai Persetujuan Sertai Kelab BG Pathum United

Pengendali BG Pathum United Sambut Baik Kehadiran Teerasil Dangda

Teerasil Dangda Kembali Ke Thai League, Sertai BG Pathum United Dengan Kontrak 3.5 Tahun