Kontrak pinjaman pemain tengah Thailand yang kini sedang beraksi bersama kelab Oita Trinita dalam saingan J1 League, Thitipan Puangchan bakal berakhir hujung musim ini.

Berdasarkan sebuah laporan oleh portal SiamSports semalam, pihak pengurusan kelab asal beliau iaitu BG Pathum United dikatakan sudah bersetuju untuk melanjutkan tempoh pinjaman tersebut sekiranya masih diperlukan oleh Oita Trinita musim hadapan.

Selain itu, pihak kelab juga terbuka serta akan mempertimbangkan mana-mana tawaran kelab dari luar liga Thailand . Sekiranya tidak ada kelab yang mahukan khidmat Thitipan, BG Pathum United akan membawa pulang pemain tersebut dan tidak akan melepaskannya kepada mana-mana kelab Thai League.

D6DeiMZUUAUANAT

Setakat ini, Thitipan Puangchan sudah diturunkan dalam 18 perlawanan liga merekodkan 912 minit masa bermain tanpa sebarang gol. Dalam perlawanan Levain Cup pula, beliau telah tampil 3 kali dengan 183 minit masa beraksi dan menjaringkan 1 gol.

Ketua jurulatih BG Pathum United, Dusit Charlermsan turu menyatakan bahawa semua terserah kepada pihak pengurusan untuk membawa Thitipan pulang selepas berjaya naik ke saingan Thai League 1 musim 2020 atau terus memberikan peluang kepada pemain itu menimba pengalaman di Oita Trinita.

Kelab BG Pathum United kini mempunyai 2 lagi pemain yang dipinjamkan kepada kelab Jepun iaitu Tawan Khotrsupho dan Phongrawit Jantawong kedua-dua bersama kelab Cerezo Osaka U23.

Baca juga artikel berkaitan bola sepak Thailand yang telah kami sediakan sebelum ini untuk rujukan anda.

‘Thais Strike Back’: Inisiatif Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) Galakkan Pemain Tempatan Menjaringkan Gol

Thai League 1: Purata Kehadiran Penonton Ke Stadium Musim 2019 Meningkat 27.6% Berbanding Tahun Sebelumnya

Police Tero FC Berjaya Layak Ke Saingan Thai League 1, Peluang Baik Dominic Tan Jika Kekal

Sumber