Kelab Thai League 1, Bg Pathum United berazam untuk menampilkan persembahan terbaik dalam liga sekaligus beraksi dalam saingan AFC Champions League (ACL) musim hadapan.

Presiden kelab, Pavin Bhirombhakdi berkata dengan kualiti yang dimiliki oleh barisan pemain musim ini, pasukan itu dilihat mampu untuk mengisi slot ACL musim hadapan sekaligus beraksi dengan kelab terbaik di rantau Asia.

“Dengan kapasiti yang dimiliki oleh pasukan, semua orang merasakan BG Pathum harus beraksi dalam saingan ACL musim hadapan. Tetapi saya mahu kami bergerak secara berperingkat. Kehadiran Andres Tunez dan Sarach Yooyen dilihat mampu untu membantu kami.

Pathum United

Pavin Bhirombhakdi, presiden BG Pathum United. Sumber Gambar: Siam Sports

“Saya secara peribadi mahu layak ke ACL dengan status juara Thai League 1. Akan tetapi dalam bola sepak semua perkara boleh berlaku.

“Saya tidak mahu memberikan tekanan kepada pemain. Tetapi saya yakin mereka mempunyai matlamat yang sama. Jika berjaya, maka ia akan menjadi sejarah untuk kita semua,” kata Pavin.

Pathum United

Sumber Gambar: BG Pathum United

BG Pathum United musim ini menjadi salah satu pasukan yang dilihat mampu untuk mencabar kejuaraan Thai League 1 apabila membawa masuk pemain berprofil tinggi bagi memperkuatkan pasukan.

Selain Norshahrul Idlan Talaha, Andres Tunez dan Sarach Yooyen, BG turut diperkuatkan oleh anak lagenda Singapura, Fandi Ahmad iaitu Irfan Fandi.

Baca artikel lain mengenai BG Pathum United di sini:

Media Thailand Anggap BG Pathum United Punyai Barisan Serangan Terbaik Di Thai League 1

Media Thailand ‘Bersiul’ Kaitkan Diogo Dengan Perpindahan Ke BG Pathum United, Gaji RM548k Sebulan?

Anak Fandi Ahmad, Irfan Fandi Gembira Andrés Túñez Sertai BG Pathum United

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group