BG Pathum United muncul juara saingan Thai League 1 musim 2020/2021 setelah meraih kemenangan 2-0 pada perlawanan menentang Shukothai pada semalam.

Pada aksi yang berlangsung di Leo Stadium, Sumanya Purisai dan Victor Cardozo menjadi wira BG Pathum dimana masing-masing menjaringkan satu gol pada separuh masa pertama dan kedua sekaligus memberikan trofi T1 musim ini kepada pendatang baharu itu.

BG nyata terlalu hebat untuk dicabar oleh pasukan lain dalam saingan divisyen pertama liga bola sepak Thailand dimana mereka setakat ini telah mencatat 21 kemenangan selain mengekalkan rekod tanpa kalah.

Bekas kelab Norshahrul Idlan Talaha itu mempunyai kelebihan 19 kata dihadapan Buriram United dan Port FC yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Pasukan bimbingan Dusit Chalermsan itu turut mengesahkan kejuaraan dengan berbaki enam perlawanan liga untuk dihadapi. Satu pencapaian yang cemerlang memandangkan mereka merupakan kelab yang dipromosi ke saingan T1 setelah muncul juara Thai League 2 pada 2019.

BG Pathum United
Norshahrul merupakan salah satu penyerang BG Pathum musim ini. Sumber Gambar: BG Pathum United

Pemain negara, Norshahrul mungkin akan menerima pingat pemenang setelah beraksi bersama kelab itu sehingga pertengahan musim ini.

Selain dibarisi oleh Matyo, BG juga diperkuatkan oleh bekas penyerang import Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santo.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia Tenggara di sini:

Lebih 30 Pemain Akan Dipanggil Sertai Kem Latihan Pusat Harimau Malaya

Nick Swirad Buat Penampilan Pertama Bersama Nongbua Pitchaya

Karsten Neitzel: Semuanya Sudah Di Landasan Tepat Buat Selangor FC