BG Pathum United memulakan saingan Thai League 1 musim 2020 dengan langkah kanan apabila menewaskan bekas juara, Muangthong United dengan keputusan 2-1.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium LEO semalam, penyerang skuad kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha disenaraikan dalam kesebelasan utama sekaligus membuat penampilan kompetitif pertama bersama BG Pathum United.

BG Pathum
Sumber Gambar: BG Pathum United

Muangthong terlebih dahulu berada di hadapan setelah Darley menyempurnakan sepakan penalti. Semimit sebelum separuh masa pertama tamat, BG terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Irfan Fandi dilayangkan kad merah setelah memijak pemain lawan.

Memasuki separuh masa kedua, meskipun beraksi dengan kekurangan seorang pemain, namun BG tampil lebih baik dan mereka berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi sepakan penalti Victor Cardozo.

Ketua pasukan BG Pathum, Thitipan Puangchan kemudiannya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-70 sekaligus memberikan kemenangan kepada kelab beliau pada aksi pembukaan Thai League 1 musim ini.

BG Pathum akan berdepan PT Prachuap yang turut dibarisi oleh pemain pertahanan pasukan kebangsaan Indonesia, Rudolof Yanto Basna pada perlawanan seterusnya.

Baca artikel lain mengenai Norshahrul Idlan Talaha dan BG Pathum United di sini:

‘Posing’ Mat Yo Dalam Majlis Pengenalan Pemain BG Pathum United Musim 2020 Jadi Bualan Para Peminat.

BG Pathum United Akan Lancarkan Jersi Musim 2020, Peluang Untuk Dapatkan Jersi Mat Yo Pada Harga RM133

Barisan Pemain Import BG Pathum United Bagi Saingan Thai League 1 Musim 2020