Kelab Thai League 1, BG Pathum United dikhabarkan sudah memulakan rundingan bagi membawa pulang ketua pasukan skuad kebangsaan Thailand, Teerasil Dangda yang ketika ini beraksi di Jepun bersama Shimizu S-Pulse.

Meskipun sedang menghuni tangga teratas dalam carta liga, nampaknya BG Pathum masih belum berpuas hati dengan barisan serangan mereka dan Teerasil dilihat menjadi salah satu pilihan untuk memperkuatkan posisi tersebut.

Pengendali pasukan, Dusit Chalermsan berkata penyerang sedia ada bekerja keras bagi mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama namun perkara itu tidak menghalang pihak pengurusan untuk mendapatkan penyerang baharu musim hadapan.

Pathum United
Norshahrul merupakan salah satu penyerang BG Pathum musim ini. Sumber Gambar: BG Pathum United

“Pemain sedia ada sedang bekerja keras bagi mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama. Kini kami masih menunggu pihak pengurusan untuk memulakan rundingan bagi mendapatkan pemain tersebut (Teerasil). Anda tahu siapa pemain yang saya maksudkan,” kata Dusit menurut laporan SMM Sport.

Ketika ini BG mempunyai Norshahrul Idlan Talaha, Surachat Sareepim dan Siroch Chatthong yang bersaing bagi mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama BG Pathum.

Selain mahu mendapatkan Teerasil, juara Thai League 2 musim lalu itu turut mahu menandatangani penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Diogo Luis Santo. BG Pathum menunggu sehingga kontrak Diogo bersama JDT tamat dan mereka akan memulakan rundingan bersama pemain itu.

Baca artikel lain mengenai BG Pathum United dan Teerasil Dangda di sini:

BG Pathum United Kekal Rekod Tanpa Kalah, Momentum Padu Kejar Slot AFC Champions League 2021

BG Pathum United Mahu ‘Bawa Pulang’ Teerasil Dangda, Perebutan Posisi Penyerang Makin Sengit

Dua Penyerang Baharu Bakal Berikan Saingan Kepada Matyo Musim Hadapan