Kelab BG Pathum United kini terus mempamerkan momentum yang cukup kemas dalam saingan Thai League 1 apabila menumbangkan TRUE Bangkok United 2-0 semalam seterusnya membolehkan mereka merampas teraju pendahulu liga negara itu.

Ini adalah kali pertama dalam musim 2020/2021 kelab BG Pathum United muncul sebagai pendahulu liga selepas 6 perlawanan berlangsung, dimana mereka berjaya mengumpul 16 mata ketika ini.

Apa yang lebih menarik, pasukan Norshahrul Idlan Talaha ini merupakan pasukan tunggal dalam saingan Thai League 1 yang masih belum kalah setakat ini, dan jelas ini menunjukkan bagaimana BG Pathum United adalah salah sebuah pasukan yang berada dalam kategori ‘title contender’ musim 2020/2021.

120335961_1503722153349667_5706231084171417575_o

Untuk pembaca yang masih belum jelas, Thailand menerima 4 slot ke saingan AFC Champions League musim 2021 dimana, 2 pasukan teratas akan layak terus ke peringkat kumpulan dan baki 2 lagi slot adalah diperingkat kelayakan Play-Off II serta tiada slot untuk Thailand dalam saingan AFC Cup.

Selain itu, untuk makluman juga disebabkan COVID-19 yang melanda, pihak FA Thailand telah memutuskan untuk menggunakan kedudukan pasukan ketika separuh musim untuk menentukan pasukan mana yang akan menerima 4 slot diatas dan bukan kedudukan pada akhir musim kerana saingan Thai League hanya akan tamat pada bulan Mei 2021.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

BG Pathum United Mahu ‘Bawa Pulang’ Teerasil Dangda, Perebutan Posisi Penyerang Makin Sengit

Mario Gomez Rindu Melatih Pasukan Liga Malaysia, Minat Untuk Bersama Selangor Jika Ada Tawaran

Safawi Rasid Dan Jafar Salmani Untuk Perancangan Jangka Masa Panjang, Perlu Masa Untuk Adaptasi ‘Dunia Baru’

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group