Selepas tamat perlawanan pertama saingan Thai League 1 musim 2020, pasukan BG Pathum United muncul sebagai pasukan yang mempunyai kehadiran paling tinggi dari keseluruhan 8 perlawanan.

Rekod rasmi yang dimuat naik oleh Thai League dalam laman web mereka mencatatkan kehadiran seramai 9,828 orang penonton di BG Stadium ketika mereka membuka saingan Thai League 1 bertemu pasukan SCG Muangthong United tempoh hari.

Rekod tersebut merupakan kehadiran yang terbaik untuk BG Pathum United dalam tempoh 2 musim terkini bagi perlawanan pertama di stadium tersebut.

Screenshot 2020-02-18 at 9.46.11 AM

Sebagai rekod, kehadiran tertinggi di BG Stadium pada musim 2018 adalah seramai 8,896 orang dan pada musim 2019 dalam saingan Thai League 2 adalah seramai 5,904 orang penonton.

Mungkin faktor kembalinya pasukan BG Pathum United ke saingan Thai League 1 musim 2020 serta dengan kehadiran beberapa pemain-pemain baru ke dalam pasukan berjaya menarik penyokong mereka untuk hadir memberikan sokongan kepada pasukan.

Berikut adalah rekod kehadiran perlawanan pertama saingan Thai League 1 musim 2020, seperti yang dikeluarkan secara rasmi oleh pihak Thai League melalui laman web mereka.

EQ-QF-GUcAIEhBA (1)

Secara keseluruhannya, seramai 40,999 orang telah hadir ke stadium untuk perlawanan pembukaan Thai League 1 musim 2020 dan berdasarkan angka tersebut purata kehadiran penonton ke stadium selepas tamat perlawanan pertama adalah seramai 5,125 orang.

Untuk makluman juga, purata kehadiran penonton ke stadium bagi saingan Thai League 1 musim 2019 adalah seramai 5,699 orang.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Thailand yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

FA Thailand Umumkan Hak Penyiaran Thai League Akan Dipegang Konsortium Syarikat Tempatan Dan Antarabangsa.

Kelab Thai League 1 Berminat Ambil Khidmat Pemain Terengganu FC

Kelab Thai League 1 Ini Tawarkan Pakej ‘Gila’ Pas Bermusim Dengan Harga Serendah RM79 Sahaja