Pemain tengah skuad kebangsaan Thailand, Sarach Yooyen sah menyertai pasukan yang turut diwakili oleh pemain Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha iaitu BG Pathum United.

Menurut laporan media tempatan, BG Pathum membayar harga tinggi iaitu sekitar 30 Juta Bath atau RM4.1 Juta bagi mendapatkan khidmat Sarach.

Selain itu, Sarach turut menjadi antara pemain yang menerima gaji tinggi dimana BG membayar pemain berusia 27 tahun itu sebanyak RM75 Ribu sebulan.

Selepas melengkapkan perpindahan, Sarach nyata teruja menyertai BG Pathum dan menyatakan kelab barunya mempunyai pengurusan yang baik serta mempunyai sasaran untuk memenangi kejuaraan.

“Ketika saya memutuskan untuk meninggalkan Muangthong, saya memberitahu ejen mengenai destinasi saya.

“Ada dua pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat saya. Tetapi setelah memikirkan dengan lebih lanjut, saya memilih untuk menyertai BG Pathum United,” kata Sarach.

BG Pathum
Sumber Gambar: Changsuek

Sarach menjadi pemain senior kelima yang meninggalkan bekas juara Thai League 1 itu sejak awal musim ini.

Empat lagi pemain menyertai Port FC seperti Adisorn Promrak, Charyl Chappuis, Heberty Fernandes (pinjaman) dan Adisak Kraisorn (pinjaman).

Baca artikel lain mengenai Sarach Yooyen di sini:

Sarach Yooyen Jadi Rakan Sepasukan Matyo, Sah Sertai BG Pathum United

Pasukan Perlu Bayar Harga Tinggi Jika Mahu Dapatkan Sarach Yooyen Dan Thitipan Puangchan

Sarach Yooyen Tidak Tolak Kemungkinan Sertai Johor Darul Ta’zim