Bayern Munich seperti diduga, mengesahkan kejuaraan Liga Jerman / Bundesliga mereka sekali lagi. Menjadikan mereka sebagai pasukan ke-19 dalam sejarah yang menjuarai liga sebanyak 10 kali berturut turut.

Bayern menjadi pasukan dari liga utama Eropah yang pertama melakukannya.

Berikut adalah 18 lagi pasukan dengan rekod luar biasa tersebut.

Bayern Munich menewaskan pasukan di tempat kedua, Borussia Dortmund dalam aksi Der Klassiker. Di mana Bayern menang 3-1.

3 gol Bayern adalah daripada Serge Gnabry, Robert Lewandowski dan Musiala.

Sementara gol saguhati Dortmund adalah menerusi penalti Emre Can.

Ini juga merupakan kejuaraan pertama Julian Nagelsmann sebagai pengurus pada musim pertamanya bersama dengan Bayern Munich.

Ia mengubat kelukaan Bayern Munich yang sebelum ini tersingkir dari Liga Juara Juara Eropah.

Bayern Munich meneruskan monopoli mereka di Jerman dengan kejuaraan Bundesliga sekali lagi.

Pasukan terakhir yang menganggu dominasi melampau Bayern di Bundesliga adalah Borussia Dortmund yang ketika itu dibimbing oleh pengurus Liverpool sekarang, Jurgen Klopp.

Sementara itu legenda hidup kelab mereka, Thomas Muller menjadi pemain pertama yang memenangi 11 kejuaraan Bundesliga.

Secara keseluruhannya, Bayern Munich sudah memenagi 32 kejuaraan Bundesliga di dalam sejarah kelab mereka.

Persiapan untuk musim hadapan sudah pun bermula di Bayern Munich. Dengan misi utama mereka adalah Liga Juara Juara Eropah. Ini kerana Bundesliga sudah menjadi kejuaraan rutin buat Bayern.