Penyerang naturalisasi Indonesia, Beto Goncalves yakin skuad Garuda akan mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022 walaupun telah tewas dalam dua perlawanan awal menentang Malaysia dan Thailand minggu lalu.

Beto berkata demikian dalam portal Bola Stylo kerana percaya dengan kemampuan rakan sepasukannya dan mereka tekad bangkit mempamerkan aksi terbaik dalam baki perlawanan yang akan datang pada bulan Oktober depan.

Skuad kendalian Simon McMenemy itu dijadualkan menentang UAE di Stadium Al Maktoum, Dubai pada 11 Oktober ini sebelum melayan kujungan Vietnam di Stadium Gelora Bung Karno pada 15 Oktober.

“Saya masih optimis. Meskipun kami kalah dua kali di halaman sendiri, tetapi itu tidak akan menutup peluang kami untuk menang di tempat lawan,” katanya.

beto goncalves

Menurut Beto, perkara yang paling penting ketika ini ialah mental pemain harus lebih kuat dan tidak mudah putus asa menghadapi lawan.

“Kami harus percaya dengan kualiti sendiri. Harus yakin. Lawan mungkin memiliki susuk fizikal yang tinggi atau kelebihan lain, tetapi kami tidak boleh menyerah kalah sebelum beraksi di atas padang,” jelasnya.

Ketika ini, Indonesia berada di kedudukan tercorot dalam kumpulan G tanpa mata. Jika mereka tewas dalam semua perlawanan selepas ini, kemungkinan mereka terpaksa beraksi di pusingan play-off dan berisiko terlepas peluang untuk bertanding dalam saingan kelayakan Piala Asia 2023.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan Asia yang bertanding dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Tan Cheng Hoe Jelaskan Sebab Aidil Zafuan Dan Halim Saari Dipanggil Ke Skuad Kebangsaan

Vietnam Umum 32 Pemain Awal Hadapi Malaysia Dan Indonesia Bulan Depan

Hector Cuper Dipecat Sebagai Jurulatih Skuad Kebangsaan Uzbekistan

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group