Pemain berpengalaman, Mohd Amri Yahyah mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan semalam apabila menjaringkan hatrik dalam kemenangan besar Sabah, 4-0 ke atas Kedah Darul Aman (KDA FC) di Stadium Likas semalam.

Kekalahan tersebut turut menjejaskan peluang Kedah untuk memintas pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kurang satu perlawanan kerana terlibat dalam saingan AFC Champions League (ACL) di Johor Bahru ketika ini.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu terlebih dahulu membuka akaun jaringan menerusi rembatan kencang Amri Yahyah dari luar kotak penalti pada minit ke 51.

Jaringan itu telah membangkitkan semangat pemain Sabah untuk terus menambah jaringan. Selang lima minit kemudian, Park Tae Su mengejutkan para penyokong di Stadium apabila sepakan percumanya berjaya menewaskan penjaga gol Kedah untuk jaringan kedua Sabah.

Malah, Amri Yahyah sekali lagi membuktikan usia 41 tahun bukan penghalang untuk beraksi cemerlang apabila beliau menambah dua lagi jaringan memukau melalui sudut sukar yang tidak mampu ditepis oleh penjaga gol lawan ada minit ke 61 dan 71.

Mengulas mengenai prestasi Amri Yahyah, Ong Kim Swee menyifatkan tiada pemain tempatan lain yang mampu menyaingi kehebatan pemain itu walaupun usianya semakin meningkat.

“Amri seorang pemain yang berpengalaman dan bermain dengan cukup baik walaupun pada usia yang mencecah 42 tahun.

“Rekodnya sebagai pemain tertua yang mencipta hatrik dalam saingan Liga Malaysia bertahan begitu lama dan saya percaya tiada pemain lain yang mampu mengatasinya,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia musim ini melalui pautan dibawah.

CEO Terengganu FC Terkilan MFL Ubah Jadual Tanpa Berbincang Dengan Rakan Kongsi

Ultras Dan Kelab Penyokong Kedah Terima Dana Daripada KFA Beli Peralatan Muzik

Minyak Masak ALIF Diumumkan Sebagai Penaja Baharu Liga Malaysia 2022

Risau Didenda, Bojan Hodak Tahan Diri Daripada Kritik Mutu Pengadilan

Masih Gagal Selesaikan Tunggakan Gaji, Perak Dipotong Enam Mata Lagi

Tiada Lagi Penundaan Perlawanan Jika Pemain Dan Jurulatih Disahkan Positif COVID-19