Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yakin beliau memiliki barisan pemain terbaik bagi memastikan skuad bimbingannya menduduki tangga pertama carta kumpulan G dalam kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 sekaligus mara ke pusingan ketiga.

Marwijk dilantik sebagai pengendali UAE pada Mac lalu dimana beliau menggantikan jurulatih dari Itali, Alberto Zaccheroni yang telah tamat kontrak selepas temasya Piala Asia 2019. Bekas ketua jurulatih Belanda itu menggunakan kesempatan kem latihan pusat di Bahrain bulan lalu sebagai medan untuk lebih mengenali pemain serta membina hubungan bersama pemain.

van Marwijk
Bert van Marwijk and Tan Cheng Hoe

“Saya menyukainya (membimbing UAE). Tapi anda perlu bertanya kepada pemain sama ada mereka mempunyai perasaan yang sama. Saya baru sahaja mengenali pemain. Kami menjalani latihan pusat pada Julai di Austria dan ianya melibatkan ramai pemain. Jadi dua minggu terakhir kita telah bekerja keras bersama-sama.

“Semuanya baru. Saya baru mengenali pemain dan begitu juga sebaliknya. Tetapi kami telah bekerjasama dengan baik dan saya suka bekerja dengan mereka,” kaya Bert van Marwijk menurut laporan Gulf News.

Pengendali berusia 67 tahun itu sebelum ini pernah membimbing Belanda mara ke perlawanan akhir Piala Dunia edisi 2010. Selain itu, beliau juga pernah membantu Arab Saudi layak ke temasya Piala Dunia 2018 serta membimbing Australia dalam temasya yang berlangsung di Rusia.

van Marwijk
Bert van Marwijk ketika menguruskan Australia. Sumber Gambar: Fox Sport

Kini, beliau berazam mahu membawa UAE untuk mara ke temasya pada edisi 2022 setelah kali terakhir Al Abyad beraksi dalam temasya tersebut pada 1990 di Itali.

“Apabila anda menjadi seorang jurulatih untuk skuad kebangsaan, masalah yang anda akan hadapi ialah anda tidak mempunyai cukup masa untuk mempersiapkan pasukan. Ianya tidak sama seperti menguruskan sebuah kelab.

“Kini kita telah bekerja bersama-sama selama dua minggu. Jadi saya gembira. Kita tidak mempunyai masa yang banyak, tetapi ini sudah memadai bagi saya. Kami akan tampil dengan maksimum,” tambahnya.

Anda boleh membaca artikel lain mengenai persiapan pasukan UAE menjelang perlawanan menentang Malaysia di sini:

Bert van Marwijk: Malaysia Miliki Pemain Yang Pantas Dan Kemahiran Teknikal Yang Baik

Ramalan Susunan Kesebelasan Utama Skuad Malaysia Dan UAE

UAE Guna ‘Drone’ Untuk Pantau Sesi Latihan Menjelang Pertemuan Dengan Malaysia