Menjelang perlawanan bertemu Malaysia esok, ketua jurulatih UAE Bert van Marwijk menyatakan beliau tidak sabar untuk bertemu Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, dalam sidang media pra perlawanan sebentar tadi.

“Kami gembira berada disini, saya baru sahaja melihat keadaan stadium yang cukup baik. Saya pernah berada disini (Malaysia) sebelum ini beberapa tahun lepas (Stadium Shah Alam).”

“Pasukan kami berada di Malaysia lebih seminggu lalu, dari persiapan semuanya berjalan lancar dan kami tidak sabar untuk menentang Malaysia esok.”

Bintang pasukan UAE, Omar Abdulrahman juga menghadiri sidang media itu turut menjelaskan bahawa beliau dan pasukan sudah bersedia untuk perlawanan pertama mereka dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

photo_2019-09-09_13-59-52

“Kami telah berada disini lebih kurang seminggu dan harap kami dapat bermain dengan baik dalam perlawanan esok.”, kata pemain yang lebih dikenali dengan nama Amoory.

Ber van Marwijk yang membawa rata-rata pemain muda dari skuad UAE mengatakan bahawa perlawanan esok tidak akan diambil mudah selepas mereka menyaksikan perlawanan Malaysia bertemu Indonesia minggu lalu.

“Kami telah menganalisa mereka (Malaysia), dan mereka mempunyai keyakinan, cukup bertenaga, dan bermain dalam tempo yang tinggi. Ada beberapa pemain yang mempunyai kemahiran teknikal yang baik serta memiliki kepantasan.”

photo_2019-09-09_13-58-07

“Kami perlu memberikan lebih kosentrasi, disiplin yang tinggi dan ianya bukan (perlawanan) mudah. Walaubagaimana pun saya telah bersama pasukan sejak beberapa minggu lalu dan saya memiliki keyakinan kepada pasukan ini.”

Dalam perlawanan esok, Malaysia akan berhadapan UAE yang dengan reputasi besar, namun dengan skuad yang dimiliki oleh Tan Cheng Hoe serta momentum kemenangan bertemu Indonesia minggu lalu, Malaysia dijangka akan mempamerkan aksi terbaik untuk mengejutkan UAE di Bukit Jalil.

Lagi artikel menarik menjelang perlawanan Malaysia bertemu gergasi Timur Tengah esok.

4 Pengadil Jepun Akan Mengendalikan Perlawanan Malaysia Bertemu UAE

Tan Cheng Hoe Minta Pandangan Ong Kim Swee Bagaimana Cara Untuk Tewaskan UAE

Ramalan Pergerakan Mata FIFA Ranking Malaysia Bertemu UAE