Ketua jurulatih Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bert van Marwijk mahu anak-anak buahnya mengekalkan prestasi cemerlang pada baki dua perlawanan akan datang selepas menewaskan Thailand semalam.

UAE menewaskan Thailand dengan keputusan 3-1 hasil jaringan dari dua pemain naturalisasi iaitu Caio Canedo, Fabio Lima dan Muhammad Jumaa manakala gol tunggal Thailand dijaringkan oleh Suphanat Mueanta.

“Sukar untuk kami berdepan dengan pasukan yang telah melakukan kajian terhadap kami. Mereka memberi tekanan sepanjang masa namun kami berjaya menjaringkan gol.

“Ketika ini saya masih kurang berpuas hati dimana ada beberapa bahagian yang boleh ditambah baik. Namun kami berjaya menjalankan tugas dengan baik dan meraih kemenangan.

“Keputusan yang kami peroleh sudah cukup bagus dan kami kini menumpukan sepenuh perhatian kepada perlawanan menentang Indonesia. Objektif kami ialah memenangi semua baki perlawanan,” kata Bert van Marwijk.

Setelah menewaskan Malaysia dan Thailand, UAE kini menduduki tangga kedua dibelakang pendahulu, Vietnam dengan perolehan 12 mata.

Selepas bertemu Indonesia, UAE akan turun menentang Vietnam dimana perlawanan ini bakal menentukan pasukan mana yang akan menjadi juara kumpulan G.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak sekitar Asia di sini:

Tan Cheng Hoe Mahu Tamatkan Rekod Buruk Bertemu Vietnam

Kekuatan Vietnam Dari Kaca Mata Jurulatih Tempatan Ini

Malaysia Ada Kelebihan Dari Segi Fizikal Lawan Vietnam