Ketua jurulatih skuad kebangsaan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bert van Marwijk berazam untuk membawa pasukan dari negara teluk itu layak ke temasya Piala Dunia setelah kali terakhir mereka beraksi di pentas tersebut pada edisi 1990 di Itali.

Marwijk pernah membimbing Arab Saudi (2018) dan Belanda (2010) mara ke kejohanan terbesar dalam sukan bola sepak itu selain menjadi ketua jurulatih Australia ketika Piala Dunia 2018. Pada Mac 2019, beliau diberi tanggungjawab untuk mengendalikan UAE dan berazam untuk membantu pasukan barunya layak ke temasya yang akan diadakan di Qatar pada 2022 nanti.

Bert van Marwijk Australia
Bert van Marwijk ketika menguruskan Australia. Sumber Gambar: Fox Sport

Saya bukan seorang ahli silap mata, tetapi saya seorang jurulatih yang serius mahu membawa perubahan terhadap landskap bola sepak UAE. Saya sedar ramai bakat serta pemain-pemain muda yang berpotensi di dalam negara ketika ini.

Tugas saya sekarang ialah mengenal pasti bakat yang ada dan memastikan kita mempunyai pasukan kebangsaan yang mampu bersaing secara kompetitif untuk mara ke temasya Piala Dunua,” kata Bert van Marwijk menurut laporan Gulf Sport.

Pemain UAE 1990
Pemain UAE ketika berhadapan Jerman Barat. Sumber Gambar: The National

Pada temasya Piala Dunia 1990 di Itali, UAE diletakkan dalam kumpulan D bersama Jerman Barat, Yugoslavia dan Colombia. pasukan bimbingan Carlos Alberto Pereirra ketika itu menamatkan saingan di tangga tecorot apabila tewas kesemua perlawanan peringkat kumpulan.

Dalam kempen kelayakan kali ini, skuad Al Abyad diundi dalam kumpulan G bersama empat pasukan dari Asia Tenggara iaitu Malaysia, Vietnam, Indonesia dan Thailand.

Baca artikel mengenai UAE menjelang kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di sini:

UAE Jaringkan 9 Gol Dalam 2 Perlawanan Pemanas Badan Menjelang Pertemuan Dengan Malaysia

UAE Umum 27 Pemain Ke Saingan Kelayakan Piala Dunia 2022 Menentang Malaysia