Ketua jurulatih Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bert van Marwijk menyuarakan rasa bangga beliau selepas skuad kendaliannya muncul sebagai juara kumpulan G saingan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

UAE menewaskan Vietnam dengan keputusan 3-2 pada aksi terakhir kumpulan G sekaligus merampas kedudukan pendahulu yang dipegang Vietnam sejak kelayakan bermula pada 2019 lalu.

Selepas mencatat kemenangan, van Marwijk menyatakan beliau yakin bola sepak UAE mempunyai masa depan yang cerah dan mampu untuk bersaing.

“Dari awal, saya sudah mengatakan ini bukan satu tugas yang mudah, tetapi mampu untuk dilakukan. Kami harus memenangi baki empat perlawanan dan kami berjaya melakukannya. Oleh itu saya bangga dengan pasukan ini.

“Pemain telah menampilkan permainan terbaik dalam setiap perlawanan. Hari ini (semalam) kami bermain dengan baik cuma saya tidak berpuas hati pada minit terakhir permainan.

“Dua kesilapan yang dilakukan oleh pemain tetapi saya gembira pada akhirnya. Pasukan ini mempunyai masa depan yang cerah,” katanya.

UAE mendahului menerusi jaringan Ali Salmeen, Ali Mabkhout dan Mahmoud Khamis sebelum Vietnam menjaringkan dua gol menerusi Nguyễn Tiến Linh dan Tran Minh Vuong.

Meskipun tewas, skuad bimbingan Park Hang-seo turut mara ke pusingan ketiga kelayakan sebagai pasukan di tangga kedua terbaik.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

TERKINI: AFC Umumkan 22 Pasukan Layak Ke Pusingan Ke-3 Kelayakan Piala Asia, 4 Pasukan Beraksi Di Play-Off

Dion Cools Gembira Pasukan Negara Tewaskan Thailand

Vietnam Cipta Sejarah Ke Pusingan Akhir WCQ 2022 Buat Kali Pertama, Muncul Selaku 12 Pasukan Terbaik Asia