Bernardo Silva percaya kepulangan semula Sergio Aguero ke dalam pasukan akan memberi Manchester City tonik berganda yang mereka perlukan untuk menjadikan bandar Manchester milik mereka pada Sabtu ini.

Aguero bermain 25 minit sebagai pemain gantian babak kedua dan menjaringkan gol kedua dalam kemenangan 3-0 ke atas Marseille di Liga Juara-Juara Eropah pada hari Rabu.

Pengurus Man City, Pep Guardiola mengatakan Aguero tidak akan turun dalam kesebelasan utama menentang Manchester United di Old Trafford pada hari Sabtu.

Tetapi Bernardo Silva gembira kerana pencetak gol kelab itu kembali dalam pasukan, dengan proses pemulihannya dari pembedahan meniskus dilihat semakin bagus.

Kecederaan pada awal musim membuatkan Sergio Aguero hanya bermain 5 aksi musim ini.

Penyerang 32 tahun itu mungkin akan muncul dalam aksi Manchester Derby sebagai pemain gantian.

Bernardo Silva berkata:

“Semua orang tahu dia penting kepada pasukan.”

“Dia adalah salah seorang pemain terbaik yang pernah dimiliki kelab dan penjaring gol yang hebat.”

“Dia juga seorang insan yang baik dan keperibadian yang hebat untuk berada di sekitar pasukan dan sangat bagus untuk melihatnya kembali.”

Silva berharap kemenangan menentang Marseille akan menjadi motivasi mereka bagi meneruskan rentak kemenangan.

“Apabila anda menang, selalu mudah untuk pergi ke pertandingan seterusnya, lebih mudah untuk menang berulang kali,” tegasnya lagi.

“Kami ingin mengekalkan momentum dalam perlawanan yang sukar menentang United pada hari Sabtu dan kami ingin terus menang.”

City menuju ke derbi Manchester dengan satu mata di belakang United dan enam mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris.

Sergio Aguero kelihatan berada dalam kondisi yang bagus. Pep Guardiola seringkali membuat kejutan di dalam pemilihan pasukannya.

Dan Pep Guardiola percaya, prestasi City musim ini pasti akan berbeza jika Aguero cergas.

Baca juga perkembangan lain

Mourinho Tak Puas Hati Man United Kini Beraksi Di Europa Selepas Tersingkir Dari UCL

Griezmann Tamatkan Kontrak Dengan Huawei Kerana Berkomplot Tindas Etnik Uighur

TERKINI: Qatar Benarkan Bendera Pelangi Dan LGBT Berkibar Di Stadium Piala Dunia 2022