Kejayaan menewaskan pasukan Thailand dalam kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam merupakan hasil daripada semangat juang yang ditampilkan oleh para pemain sehingga ke miniy terakhir permainan.

Pendapat itu disuarakan oleh pemain tengah pasukan negara, Syamer Kutty Abba dimana beliau turut berpendapat semua pihak memainkan peranan yang penting bagi memastikan skuad Harimau Malaya meraih kemenangan.

Malaysia
Sumber Gambar: PFAM

“Semua pihak memainkan perana yang penting. Pemain berjuang sehingga ke minit terakhir dan itu yang membezakan antara kami dengan Thailand.

“Sepanjang perlawanan kami mempunyai banyak peluang dan berjaya memanfaatkan peluang terhidang dengan baik. Saya berpendapat Malaysia layak untuk meraih kemenangan,” kata Syamer.

Tambah pemain Johor Darul Ta’zim itu, status beberapa pemain Thailand yang beraksi di Liga Jepun nyata tidak memberi kesan khususnya kepada beliau dan rakan-rakan di bahagian tengah yang berhadapan dengan Chanathip Songkrasin serta Teerasil Dangda.

“Pemain Thailand merupakan pemain yang bagus dan mereka juga beraksi di liga yang mempunyai kualiti. Tetapi itu tidak memberikan perbezaan kerana kita juga mempunyai kualiti tersendiri.

“Kami percaya dengan kemampuan serta kualiti yang dimiliki seterusnya dapat meraih tiga mata pada perlawanan ini,” tambah Syamer.

Pada perlawanan menentang Indonesia 19 November ini, Syamer menyasarkan kemenangan bagi membolehkan pasukan negara untuk layak ke pusingan seterusnya.

Baca artikel lain mengenai perlawanan antara Malaysia menentang Thailand di sini:

Tan Cheng Hoe Puji Brendan Gan, Gesa Pemain Muda Ikuti Jejak Langkah Beliau

Syafiq Ahmad Dan Matt Davies Tidak Dapat Diturunkan Bertemu Indonesia Akibat Penggantungan 2 Kad Kuning

Rembatan Padu Mohamadou Sumareh Leburkan Rekod Tanpa Kalah Thailand