Kelab divisyen pertama liga bola sepak Brazil, Fortaleza mengumumkan pemain mereka, Bergson Da Silva menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) secara pinjaman.

Perkara ini dikongsikan oleh Fortaleza menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana Bergson akan beraksi bersama JDT selama empat bulan dan skuad Harimau Selatan mempunyai pilihan sama ada menandatangani pemain itu secara tetap atau mengembalikan Bergson apabila tempoh pinjaman tamat.

Selain itu, Fortaleza turut menerima yuran pinjaman sebanyak $100,000 atau RM400,000 hasil daripada urus niaga mereka bersama juara bertahan Liga Super itu.

Sebelum ini, JDT menandatangani penyerang dari Argentina, Jonathan Herrera bagi menggantikan Diogo Luis Santo yang memutuskan untuk meninggalkan pasukan.

Namun, pemain berusia 29 tahun itu kemudiannya dipinjamkan ke Club Atlético Independiente setelah JDT dilaporkan menerima tawaran yang baik dari kelab tersebut.

Pengganti Herrera, Bergson Da Silva pula sebelum ini telah beraksi sebanyak 14 perlawanan dan menjaringkan 3 gol.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Media Brazil Dedahkan Bergson Da Silva Bakal Sertai JDT

Kejayaan Dan Cipta Sejarah Jadi Motivasi, TMJ Beri Bayangan Mahu Ambil Alih Valencia?

Kelantan FC Umum RM30,325 Untung Hasil 2 Perlawanan Pra-Musim, 50% Didermakan Kepada Tabung COVID-19