Skuad Thailand U19 dilihat dalam keadaan cukup terdesak untuk berdepan dengan pasukan Malaysia petang ini, apabila terpaksa memanggil kembali penyerang berbisa mereka Suphanat Mueanta.

Pemenang anugerah penyerang muda terbaik AFF baru-baru ini telah menyertai kem latihan skuad kebangsaan Thailand dibawah bimbingan Akira Nishino, namun selepas pasukan Thailand U19 tewas kepada Kemboja U19 tempoh hari, mereka berada dalam situasi yang cukup genting bertemu Malaysia jika mahu menghidupkan peluang untuk layak.

e4c3c1d964615b06d98d18ee3c343b4d

Menurut laporan beberapa media dari Thailand semalam, Akira Nishino telah memberikan kebenaran kepada Suphanat Mueanta kembali menyertai kem pasukan Thailand U19 untuk persiapan perlawanan terakhir peringkat kumpulan H yang bakal menentukan nasib 3 pasukan yang berpeluang untuk mara; Thailand U19, Malaysia U19 dan Kemboja U19.

“Saya sempat bercakap dengan coach Akira Nishino dan dia mahu saya buat keputusan samada mahu membantu pasukan (Thailand U19) atau tidak. Secara peribadi, saya mahu kembali membantu pasukan.

61797925_2471368482927843_6205033187760930816_o

“Ini kerana perlawanan bertemu Malaysia adalah sangat penting yang akan mempengaruhi pasukan dalam pusingan kelayakan.

“Saya mahu beraksi dalam Piala Dunia Remaja dan jika pasukan Thailand U19 tidak layak ke peringkat seterusnya, saya mungkin sudah tidak memupunyai peluang diperingkat remaja. Saya akan cuba sedaya-upaya membantu pasukan.

Screenshot 2019-11-10 at 11.13.35 AM

Skuad bimbingan Brad Maloney akan turun bertemu skuad Thailand U19 petang ini jam 4.30 petang dan kemenangan keatas Thailand U19 bakal membawa Malaysia ke kejohanan AFC U19 2020 Championship yang akan berlangsung di Uzbekistan.

Sejurus tamat perlawanan petang nanti, Suphanat Mueanta akan terus kembali menyertai kem Akira Nishino yang akan berlepas ke Kuala Lumpur esok bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 14 November 2019.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan dibawah untuk rujukan anda.

Top 5 Kelab Thai League Yang Mencatat Kutipan Tiket Dan Jualan Merchandise Paling Tinggi Musim 2019.

‘Thais Strike Back’: Inisiatif Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) Galakkan Pemain Tempatan Menjaringkan Gol

Thai League 1: Purata Kehadiran Penonton Ke Stadium Musim 2019 Meningkat 27.6% Berbanding Tahun Sebelumnya

Sumber