Menjelang aksi di antara Arsenal dan Chelsea, Dmitar Berbatov menjangkakan bahawa Arsenal akan terus bergelut pada awal musim ini.

Skuad bimbingan Mikel Arteta, tewas mengejut di tangan Brentford dalam perlawanan pertama. Lawan mereka kali ini pula merupakan juara Eropah yang masih segar dengan kemenangan Piala Super Eropah.

Arsenal akan menjamu kunjungan Chelsea di Emirates dalam aksi derbi London yang panas di antara kedua dua pasukan.

Berbatov yang merupakan bekas pemain Manchester United dan Spurs tidak melihat Arsenal akan dapat menewaskan Chelsea pada kali ini dalam aksi yang akan berlangsung di Emirates.

Berbatov juga mengimbas kembali perlawanan pertama Arsenal pada musim ini. Di mana The Gunners sangat bergelut tanpa penyerang utama serta kapten mereka Pierre-Emerick Aubameyang dan juga Alexandre Lacazette – yang masih dikuarantin.

Aubameyang sedia beraksi dalam aksi Ahad ini, manakala Lacazette masih terus dikuarantin dengan tidak pasti bila dia akan kembali.

Bercakap kepada Metro UK, Berbatov berkata: “Ini perlawanan yang hebat. Saya berani katakan bahawa Arsenal akan terus memulakan musim ini dengan teruk sekali.”

“Lukaku pula kemungkinan akan beraksi buat pertama kali sejak menyertai semula Chelsea. Saya rasa dia sangat bersemangat untuk menunjukkan apa yang dia boleh lakukan.”

“Dan jika Arsenal tidak memperbaiki kerapuhan pertahanan mereka, yang mereka sudah hadapi sejak beberapa tahun lamanya, mereka akan dengan mudah dibuli Lukaku, pemain itu akan mengganas.”

Dalam pada itu, Mikel Arteta tetap yakin bahawa mereka akan mampu menewaskan Chelsea. Kerana sebelum ini mereka pernah melakukannya.

Arteta berkata: “Saya harus mencari cara untuk mengalahkan Chelsea, kerana saya tahu kami boleh mengalahkan mereka. Kami sebelum ini pernah melakukannya.”

Baca juga artikel

Pellegrini: “La Liga Adalah Liga Paling Lembab, Banyak ‘Time Wasting’, Simulasi Dan Memalukan”

EPL: Manchester City Belasah Norwich, Jack Grealish Buka Akaun Gol

EPL: Liverpool Atasi Burnley Di Anfield, Jota Dan Mane Skor