Pemain tengah Vietnam yang cukup berbahaya, Nguyen Quang Hai akhirnya terpaksa melupakan baki aksi bola sepak Sukan SEA 2019 selepas mengalami kecederaan otot quadriceps ketika bertemu pasukan Singapura.

Menurut kemaskini oleh pegawai Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF), pemeriksaan lanjut terhadap Nguyen Quang Hai menggunakan MRI mendapati terdapat koyakan otot quadriceps kaki kiri yang lebih serius dari jangkaan awal dan disahkan tidak dapat beraksi dalam perlawanan bertemu Thailand.

Kecederaan yang dialami oleh Nguyen Quang Hai ini adalah sama seperti yang berlaku kepada penyerang kebangsaan Vietnam iaitu Nguyen Van Quyet, dan dikatakan pemain itu terpaksa berehat sekitar 2 bulan.

https://twitter.com/VietFooty/status/1202193022953410560?s=20

Berdasarkan beberapa maklumat yang diterima, Nguyen Quang Hai telah beraksi lebih dari 55 perlawanan musim ini secara keseluruhannya. Diperingkat domestik, beliau membantu Hanoi FC merangkul gelaran sebagai juara V.League 1, walaupun mereka tidak akan beraksi dalam saingan AFC Champions League 2020.

Dalam saingan AFC Cup 2019 pula, aksi cemerlang Nguyen Quang Hai telah berjaya membawa Hanoi FC ke peringkat akhir Inter-zone, sebelum tewas kepada kelab Korea Utara berdasarkan jaringan gol ditempat lawan.

Quang-Hai-chan-thuong-nghiem-trong-co-nao-Co-ra-san-quyet-dau-voi-Thai-Lan-hai1-1575392202-505-width660height439

Bagi aksi bersama pasukan kebangsaan pula, Nguyen Quang Hai beraksi dalam kesemua 12 perlawanan kompetitif skuad Vietnam sepanjang tahun 2019 termasuk kejohanan Piala Asia, Piala Raja Thai dan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022.

Rata-rata penyokong bola sepak Vietnam ‘lega’ apabila pemain tonggak pasukan kebangsaan mereka akhirnya mendapat peluang untuk berehat selepas beraksi tanpa henti sepanjang musim.

Perlawanan seterusnya bagi pasukan kebangsaan Vietnam adalah bertemu Malaysia pada 31 Mac 2020 di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi pusingan kelayakan Piala Dunia 2022.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Vietnam Dibawah Park Hang-seo Masih Kekalkan Status ‘Unbeaten’ Dengan Negara ASEAN

Beberapa Kelab Jepun Dikatakan Sudah Mula Merisik Pemain Tengah Vietnam, Nguyen Quang Hai

Park Hang-seo Gembira Vietnam Kekalkan Rekod Baik Menentang Malaysia

Sumber