Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pasukan Melaka United, tumpas 1-3 kepada Sabah dalam perlawanan ke 12 saingan Liga Super Malaysia semalam yang berlangsung di Stadium Likas.

2 gol yang dijaringkan oleh Sabah dalam tempoh 16 minit pertama permainan jelas menjadi satu kesukaran kepada Melaka United untuk kembali mengimbangi kedudukan terutamanya pada separuh masa pertama.

Perkara ini jelas dinyatakan oleh ketua jurulatih Melaka United sendiri iaitu Zainal Abidin Hassan dalam sesi sidang media sejurus tamat perlawanan tersebut.

“Bagi saya, amat kecewalah terutamanya pada 10 minit yang pertama kerana kelalaian memberikan Sabah 2 gol yang mudah dan cepat.”

“Walau bagaimanapun kita nampak hingga saat akhir Melaka cuba bangkit, tapi bukan mudah untuk bermain disini dengan ketinggalan 2-0 hasil kesilapan sendiri.”

180701170_5400058550066606_9033712202016824177_n

This problem becoming a habit. Silly goal and early mistake.

“Untuk recover that dalam perlawanan ditempat lawan serta berdepan dengan pasukan bersemangat tinggi seperti pasukan Sabah, ia bukan satu perkara yang mudah.”

“Tetapi kredit harus diberikan kepada pemain kerana telah berjuang sehingga tamat perlawanan. Pemain-pemain telah menunjukkan bahawa mereka mahu mencari gol. Walau bagaimanapun, ia adalah satu pengajaran yang baik.”

“Bermain ditempat lawan, memberikan 2 silly goal diawal permainan adalah satu masalah besar untuk kami.”

181702679_5400367570035704_1896221814362407225_n

“Kami tidak mahu perkara ini berlaku lagi dalam perlawanan seterusnya, kerana kita tahu betapa sukarnya (untuk kembali). Semua pasukan sudah bergerak ke depan, melakukan pertukaran pemain-pemain dan kami tidak boleh undur ke belakang.”

“Pemain perlu faham dan berhenti melakukan perkara silly selepas ini jika mahu meningkat dalam liga.”

Selepas lengkap 12 perlawanan Liga Super, pasukan Melaka United kini berada dikedudukan ke-10 liga dengan 10 mata dikutip hasil 3 kemenangan serta 4 kali seri.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Liga Amatur Divisyen 4 Thailand Ada 179 Kelab Bertanding Merebut 6 Slot Ke Saingan Thai League 3 Musim 2022

2 Pemain Pasukan Kelantan Sah Positif COVID-19, Perlawanan Bertemu Perak II Ditunda Ke Tarikh Lain

Aksi Kedah Bertemu JDT Berlangsung Tanpa Penonton, TicketHotline ‘Refund’ Tiket Yang Terjual

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group