Baru baru ini bintang Perancis, Karim Benzema telah memanaskan suhu arena bola sepak dengan komen kritikalnya.

Ini selepas penyerang Real Madrid itu menyamakan dirinya dengan F1 dan Giroud sebagai gokart sahaja.

Ramai yang mengecam komen beliau dengan menyatakan ia agak biadap. Benzema seharusnya lebih berhati hati dalam berbicara, terutama sekali ketika siaran langsung.

Ada juga yang menyatakan Benzema sakit hati kerana tidak dipanggil oleh Perancis berbanding dengan Giroud, di mana pasukan kebangsaan Perancis menuai hasil dengan menjuarai Piala Dunia.

Giroud telah menjadi pemain penting Perancis pada era Didier Deschamps menjadi pengurus.

Benzema tak pernah dipanggil ke skuad kebangsaan Perancis selepas insiden kontroversi dengan Valbuena satu ketika dahulu.

Dalam satu siaran langsung di IG beliau, Benzema menjawab soalan tentang pandangan beliau tentang Giroud.

Benzema berkata: “Mustahil nak membandingkan saya dengan Oilvier Giroud. Itu sudah seperti membandingkan formula one dengan gokart. Rasanya itu pun dah cukup bagus dah saya puji.”

Namun Benzema mempertahankan tindakannya. Kerana menurutnya ada yang mengambil sekerat sekerat kenyataannya.

Dalam satu lagi video penjelasan, Benzema menegaskan: “Ada pihak yang hanya membangkitkan pasal Giroud dan formula 1. Namun tak ada pun cakap tentang saya memuji sumbangan Giroud kepada pasukan kebangsaan Perancis.”

“Mereka hanya fokus kepada perkara itu.”

“Namun saya rasa, saya telah bercakap tentang hakikat. Dengar sini, jika anda semua bertanya perbandingan saya dengan R9 [Ronaldo Nazario], dia pula yang menjadi Formula 1 dan saya akan menjadi go kart. Mudah kan.”

Adakah benar Giroud gokart berbanding dengan Benzema?

Benzema mungkin salah seorang penyerang terbaik pada generasinya, untuk peranan no.9. Namun dalam bola sepak, pemain berkelas dunia tidak akan menjanjikan mereka mampu menjadi pemain pasukan / team player.

Squawka membentangkan statistik kedua-dua pemain dalam pasukan Perancis.

Jika Benzema berbicara prestasi bersama dengan pasukan kebangsaan, pastinya Giroud lebih baik daripada beliau.

Giroud ternyata mencatatkan ratio gol yang lebih baik dengan 0.40 gol per perlawanan.Sebaliknya Karim Benzema dengan ratio 0.33 gol per perlawanan.

Selain itu, Olivier Giroud menjadi pemain utama pasukan Perancis dalam kejohanan Eropah 2016 – di mana mereka menjadi naib juara.

4 tahun kemudian, Olivier Giroud menjadi pemain utama Perancis dalam Piala Dunia 2018, di mana Perancis menjadi juara.

Namun begitu, pencapaian di kelab, pastinya Karim Benzema jauh meninggalkan Olivier Giroud.

Beliau adalah pemain yang bersama dengan skuad legenda Real Madrid menang 4 Liga Juara Juara Eropah dalam masa 5 tahun.

Lagi artikel menarik untuk anda baca sepanjang tempoh PKP COVID-19 ini seperti dibawah.

Ini Beza Man Utd Dan Liverpool

Diego Silva: “Kalau Tengok Siaran TV Perlawanan Liga Vietnam, Orang Akan Kata Ini Siaran Liga Amatur”

Kontroversi Felda United Mahu Beli Saham Kelab Glasgow Rangers Yang Tidak Ramai Tahu Mengenainya