Karim Benzema didapati bersalah memeras ugut menggunakan video seks bekas rakan sepasukannya, Mathieu Valbuena.

Kesannya, penyerang antarabangsa Perancis itu, Karim Benzema dijatuhi hukuman penjara setahun. Namun hukuman penjara itu masih ditangguhkan buat masa ini, dan Benzema masih diberikan peluang untuk mencabar keputusan mahkamah di mahkamah rayuan.

Pemain antarabangsa Perancis dan Real Madrid itu turut diperintahkan membayar denda €75,000 oleh Mahkamah Versailles.

Bukan itu sahaja, malah Karim Benzema diminta membayar €80,000 kepada Valbuena untuk menggantikan yuran guamannya dan €150 ribu lagi untuk pampasan bersama tiga defendan lain.

Benzema masih menafikan sebarang penglibatan dalam kes peras ugut video seks dan tidak hadir ke mahkamah.

Setiap peguam menyelesaikan proses perbicaraan dengan memberikan keterangan kes pada 22 Oktober, sebelum hakim mengumumkan keputusannya pagi semalam.

Hakim berkata, walaupun Benzema tidak mengetahui butiran pemerasan yang dilakukan ke atas Valbuena ketika itu, dia tetap dikira telah mengambil bahagian di dalam jenayah tersebut.

Benzema dikatakan telah menggunakan muslihat untuk cuba mencapai matlamatnya sambil disokong oleh defendan yang bersubahat bersamanya.

Pendakwaraya menyatakan bahawa Benzema telah meminta Valbuena untuk membayar wang kepada kumpulan pemeras ugut agar video lucah tersebut tidak dimuat naik ke internet untuk tatapan umum.

Valbuena menerima beberapa panggilan telefon yang mengancam untuk menyebarkan video tersebut pada 2015.

Valbuena berkata: “Jelas sekali pemanggil tersebut mahukan wang dan memeras ugut saya, membuatkan saya ketakutan sepanjang karier dan seterusnya hilang tempat di dalam skuad kebangsaan Perancis.”

Peguam Karim Benzema mengesahkan bahawa Benzema akan mengajukan rayuan ke atas keputusan mahkamah itu.

Peguam Benzema berkata: “Kami agak terkejut dengan keputusan ini. Rayuan akan dibuat untuk mencabar keputusan mahkamah.”

Peguam Benzema sangat yakin anak guamannya akan bebas daripada sebarang pertuduhan selepas namanya dibersihkan di mahkamah rayuan kelak.

Valbuena tidak bermain untuk Perancis sejak kes tersebut berlaku.

Sementara itu, Benzema telah ‘dibekukan’ selama lima tahun sebelum dipanggil semula untuk Les Bleus menjelang Euro 2020.

Valbuena ketika itu mengkritik Didier Deschamps yang menurutnya telah memanggil seorang penjenayah ke dalam pasukan Perancis, seolah olah pengurus itu menyokong tindakan Benzema itu.

Bagaimanapun, Benzema [astinya lega kerana tempatnya di dalam pasukan Perancis sudah terjamin walaupun apa sahaja keputusan mahkamah. Perkara itu disahkan sendiri oleh presiden FFF, Noel Le Graet.

Benzema menjadi pemain penting Perancis sejak dia kembali semula ke pangkuan pasukan. Terutama sekali gandingannya dengan Kylian Mbappe yang sangat menjadi.

Baca juga artikel

Pochettino Tolak Spekulasi Ke Manchester United

Allgeri Anggap Chelsea Buat Juventus Sedar Diri Di Mana ‘Level’ Mereka

Carrick: “Ini Baru Perwatakan Manchester United Sebenar”