Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Keputusan seri 3-3 yang diraih ketika berdepan Terengganu dalam saingan Liga Super musim ini nyata sukar diterima oleh sebilangan besar penyokong tegar pasukan Selangor.

Rata-rata daripada mereka mengkritik aksi hambar yang ditampilkan oleh benteng pertahanan yang diketuai oleh kapten pasukan, Taylor Regan dimana skuad Gergasi Merah boleh meraih kemenangan namun barisan pertahanan yang rapuh menyebabkan mereka kehilangan dua mata.

Di laman media sosial, peminat Selangor meluahkan kekecewaan kerana pasukan terlepas peluang untuk meraih kemenangan kedua musim ini, terutamanya selepas seri 1-1 ketika berdepan Perak minggu lalu.

Selain meluahkan kekecewaan, ada diantara peminat mula mempersoalkan pemilihan Taylor dalam kesebelasan utama dan juga ketua pasukan dek kerana prestasi hambar yang ditampilkan oleh pemain dari Australia itu dalam tiga perlawanan liga setakat ini.

Setakat tiga perlawanan Liga Super, Selangor telah dibolosi sebanyak lima gol dan catatan ini sedikit membimbangkan dan boleh memberi kesan mendalam terhadap kedudukan di carta liga sekiranya berterusan.

Ketua jurulatih pasukan, B.Satianathan mungkin boleh mencuba gandingan lain bagi memastikan pintu gol Selangor tidak terus dibolosi sekaligus mengelakkan kehilangan mata.

Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor di sini:

FAM Dan MFL Digesa Lebih Tegas Tangani Isu Perkauman

MFL Dan FAM Pandang Serius Isu Perkauman Yang Melanda Liga Malaysia

B.Sathianathan: “Dah 62 Tahun Merdeka, Masih Lagi Maki Dengan Perkataan Keling Dan Anjing. Itu Fans Ke?”

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group