Pasukan JDT sekali lagi mencatatkan kemenangan besar apabila menumpaskan Selangor 6-1 di Stadium Sultan Ibrahim semalam, seterusnya menghampiri gelaran juara CIMB Liga Super 2020.

Ketika sesi sidang media sejurus tamat perlawanan, Benjamin Mora telah menjelaskan beberapa perkara berkenaan pasukan bimbingannya terutama apabila mampu mencatatkan kemenangan dengan jaringan yang besar.

“Satu kemenangan yang baik dan saya secara peribadi tidak percaya kepada luck atau bad luck atau good luck. Saya tidak percaya perkara itu.”

“Saya percaya kepada mencipta situasi yang membantu atau tidak membantu anda mencapai sesuatu keputusan. Jadi saya fikir apa yang telah berlaku dengan keputusan 7-0 bertemu Perak dan kini 6-1 (bertemu Selangor) adalah impak dari eagerness to win a game.

119734490_1809349952561629_4497201178816986762_o

“Jika anda tidak laparkan kemenangan dan anda sebenarnya mempunyai masalah. Saya rasa kita boleh mempunyai bad 1st half, medium performance atau bad game dan sebagainya kerana itu semua adalah bola sepak.”

“Kami mempunyai lawan didepan mata yang akan cuba mengalahkan JDT seperti biasa. Tetapi kami tetap merasai sokongan dari TMJ dan penyokong walaupun mereka tidak berada disini.”

“Kami perlu menikmati detik ini kerana bukan selalu kami boleh jaringkan 6-7 gol menentang Perak dan Selangor. Bukan selalu kita mampu lakukan dan perlu teruskan berkerja keras.”

Komen Mora Mengenai Gandingan Aidil Dan Fadhli Saas

“Saya telah bercakap dengan pembantu saya mengenai perkara ini. Saya rasa mereka memiliki koordinasi yang bagus, mereka agresif dalam man-to-man marking, melakukan coverage yang baik diantara satu sama lain, mereka bermain simple football dan tiada banyak cabaran.”

“Bagi saya 2 pemain ini melakukan tugas dengan baik tanpa kehadiran Mauricio. Tetapi apa yang boleh dikatakan adalah mereka merupakan salah satu gandingan bek tengah terbaik tempatan.”

119868252_1809285922568032_5250190230800740516_o

Benjamin Mora turut menerangkan bahawa beliau sebenarnya tidak mempunyai sebarang expectation mengenai jumlah gol yang mahu dijaringkan dalam perlawanan tetapi lebih menekankan soal persembahan yang bermutu dari anak buahnya.

“Sebelum perlawanan saya tidak meramalkan berapa banyak gol akan dijaringkan. Tetapi saya lebih suka untuk melihat persembahan yang bagus dari pemain saya dan juga kemenangan.”

“Jika anda tidak jangka untuk menang, bagaimana anda mahu menang? Kita perlu jangka
persembahan yang bagus dan kita juga perlu jangkakan saingan yang sengit dari pihak lawan.”

Diogo Luis Santo

Menjawab soalan mengenai prestasi Diogo semalam, Benjamin Mora menyatakan bahawa Diogo memang mempunyai kualiti yang berbeza serta menyifatkan aksi dan gol yang dijaringkan itu seperti menyempurnakan malamnya.

119640794_1809350525894905_138484216797307759_o

“Diogo mempunyai kualiti yang tinggi. Dia adalah pemain yang telah terbukti berkesan dalam liga yang berbeza. Dan dia adalah penyerang kami.”

“Sebagai sebuah pasukan kami tidak mempunyai rentak yang baik dalam 20 minit pertama, dan dari situ dia tidak boleh melakukan semuanya bersendirian. Selepas itu, dia menemui rythm of pressing, recovering the transition dia mula selesa dan menjaringkan gol yang cantik.”

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

CIMB Liga Super: JDT Ibarat Direndam Tidak Basah, Selangor Terkulai Di Stadium Sultan Ibrahim

RASMI: Kelantan FC Jelaskan Semua Hutang Gaji 15 Pemain Sejak Tahun 2017 Dan 6 Bulan Tunggakan 2020

Nafuzi Zain: “Kita Cipta Peluang Tapi Gagal Jaringkan Gol, UiTM Miliki Work Rate Dan Fizikal Yang Lebih Baik.”