Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menegaskan pasukannya mempunyai peluang untuk mencipta sesuatu pada perlawanan saingan AFC Champions League (ACL) menentang Vissel Kobe hari ini jika para pemain beraksi sebagai satu pasukan.

Mora berkata demikian pada sidang media pra perlawanan semalam dan beliau yakin persefahaman antara pemain berada di tahap terbaik kerana mereka telah bekerjasama untuk satu jangka masa yang lama.

#PressConference 📹: Ahead of the 2020 AFC Champions League opening game tomorrow 👊🏻

#PressConference 📹: Ahead of the 2020 AFC Champions League opening game tomorrow 👊🏻#JDT#BenjaminMora#HarissHarun

Posted by JOHOR Southern Tigers on Tuesday, 11 February 2020

“Pasukan ini telah bekerjasama untuk satu jangka masa yang lama dan telah bermain bersama dalam banyak pertandingan. Saya rasa ketika ini kami berada di tahap terbaik. Kami tidak bergantung kepada satu atau dua pemain melainkan sebagai satu pasukan.

“Kami telah menjalani jalajah pra musim yang baik. Saya harap pada perlawanan malam ini, pemain akan beraksi sebagai satu pasukan. Jika mereka berjaya melakukan itu, maka kita mempunyai peluang untuk menampilkan aksi terbaik,” kata Mora.

Benjamin Mora

Sumber Gambar: JST

Ketua pasukan, Hariss Harun pula sudah tidak sabar untuk memulakan saingan musim ini dan mahu menggunakan pengalaman musim lalu untuk berdepan kelab-kelab besar dalam kumpulan G.

“Beraksi dalam saingan ACL musim lalu merupakan satu pengalaman berharga untuk kami. Jadi kami tidak sabar untuk beraksi dalam saingan musim ini. Diundi bersama kelan besar serta pemain ternama membuatkan kami teruja. Kami mahu melihat kemampuan kami beraksi menentang pasukan yang lebih besar,” kata Harris.

Baca artikel lain mengenai perlawanan antara Johor Darul Ta’zim menentang Vissel Kobe di sini:

Ini Sebab Mengapa Liridon Krasniqi Tiada Dalam Skuad JDT Di AFC Champions League Kecuali..

Thomas Vermaelen Tegaskan Vissel Kobe Tidak Punya Sasaran Khusus Dalam ACL 2020

Vissel Kobe: JDT Tidak Boleh Dipandang Sebelah Mata, Diramal Guna Formasi 3-4-2-1 Serta ‘Takumi’ Iniesta-Douglas Kunci Utama

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group