Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menganggap Nagoya Grampus mempunyai tiga pemain yang boleh mendatangkan bahaya kepada pasukannya menjelang perlawanan pertama kumpulan G saingan AFC Champions League (ACL) malam ini.

Menurut laporan Stadium Astro, tiga pemai yang menurut Mora bakal menjari ancaman ialah Gabriel Xavier, Mateus, Yuki Soma dan Ryogo Yamasaki.

“Kami perlu awasi kelicikan pemain nombor 10 (Gabriel Xavier), nombor 11 (Yuki Soma), nombor 16 (Matues) dan nombor 9 (Ryogo Yamasaki) kerana mereka pemain berbahaya dan beraksi dengan tersusun,” kata Benjamin Mora.

Mateus merupakan pemain yang beraksi di bahagian sayap dan ketika ini beliau menjadi penjaring terbanyak Nagoya dalam semua pertandingan dengan kutipan 8 gol.

Dua lagi pemain Yuki Soma dan Ryogo Yamasaki turut menjadi penyumbang jaringan kepada pasukan dimana setakat ini kedua pemain telah menjaringkan lima gol dalam semua pertandingan manakala Gabriel masih belum berjaya menjaringkan sebarang gol.

Selain aksi antara JDT menentang Nagoya, dua lagi pasukan dalam kumpulan G iaitu Ratchaburi dan Pohang Steelers juga turun beraksi pada hari ini.

Keempat-empat pasukan di atas berkampung di Thailand sepanjang perlawanan peringkat kumpulan berlangsung.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Farizal Marlias Mahu Catat Keputusan Positif Berdepan Nagoya Grampus

Nagoya Grampus Bawa 26 Pemain, 39% Miliki Masa Bermain Lebih 1,000 Minit Dalam J1 League 2021

Peminat Thailand Gesa Skuad Kebangsaan Guna Khidmat Pemain Naturalisasi