Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora mendapat pengiktirafan apabila menerima Anugerah Kehormat Mexico setelah cemerlang membimbing pasukan dari selatan tanah air itu.

Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab menerusi laman media sosial rasmi pasukan, Johor Southern Tigers dimana Mora menjadi warganegara Mexico pertama yang tinggal di Malaysia mendapat penghargaan sedemikian.

Penghargaan buat Mora itu telah disampaikan melalui Kementerian Hubungan Luar Mexico menerusi Institute of Mexicans Abroad dan Kedutaan Mexico untuk menghargai rakyat Mexico yang tinggal di luar negara.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh pemilik kelab, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, duta besar Mexico ke Malaysia, H.E Carlos Felix Corona, para pegawai JDT serta keluarga dan rakan-rakan pengendali berusia 41 tahun itu.

Benjamin Mora
Sumber Gambar: JST

Musim lalu, Benjamin Mora berganding bahu dengan Luciano Figueroa dimana mereka berjaya membimbing JDT memenangi saingan Liga Super untuk kali ketujuh berturut-turut.

Pada musim 2019, Mora turut berjaya membimbing skuad Harimau Selatan memenangi Piala Malaysia dengan menewaskan pasukan Kedah di perlawanan akhir.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Dua Kelab Lembah Klang Berminat Dapatkan Khidmat Rawilson Batuil

Perak Atau Kuala Lumpur Jadi Destinasi Seterusnya Hadin Azman

Kelantan United Jalin Kerjasama Dengan Yakult Malaysia, Dijangka Akan Ada Pemain Dan Jurulatih Jepun Musim 2021