Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora mengesahkan terdapat sedikit masalah yang menimpa para pemainnya ketika sesi latihan pra musim di Dubai sebagai persiapan menghadapi Liga Malaysia musim ini.

3 pemain pasukan tersebut iaitu Bergson da Silva, Hong Wan dan S. Kunanlan terlepas aksi perlawanan persahabatan kerana masalah kesihatan. Manakala pemain yang baharu menyertai Harimau Selatan dari Selangor, Syahmi Safari mengalami kekejangan otot.

FOTO: JST

Namun begitu, Mora gembira pemainnya semakin pulih dan berjaya menyesuaikan diri dengan sistem baharu dengan pelbagai variasi dan perlawanan persahabatan pra-musim antarabangsa juga tampak menggalakkan.

“Bergson da Silva telah pulih dari ‘stomach infection’ yang mengakibatkannya terlepas dari perlawanan terakhir namun Hong Wan dan S. Kunanlan masih tidak dapat diturunkan kerana keracunan makanan.

“Syahmi Safari pula mengalami kekejangan di bahagian hamstring kerana tidak biasa dengan sesi latihan berintensiti tinggi seperti di JDT, namun beliau sudah pulih dengan baik dan akan sedia untuk beraksi sejurus selepas sesi pemulihan,” katanya dalam kenyataan rasmi.

JDT setakat ini mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 3 perlawanan persahabatan yang diharungi. Mereka mencatat keputusan seri menentang dua kelab dari eropah iaitu MSK Zilina (2-2) dan Riga FC (1-1). Selain itu, JDT juga berjaya menewaskan kelab UAE, Shabab Al Ahli, 1-0.

Selepas ini, mereka akan menghadapi dua lagi perlawanan persahabatan menentang kelab dari Rusia, Rodina Moscow (hari ini) dan Spartak Moscow (5 Februari) sebelum pulang ke tanah air untuk melakukan persiapan terakhir.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Melaka United Buat Kejutan, Umum Mat Yo Sebagai Pemain Baharu

Pemain Pertahanan Andorra Lengkapkan Kuota Pemain Import Kedah

Perak Bangkit Semula Dengan Logo Baharu

Lim Teong Kim Nafi Minta Gaji Tinggi, TMJ Balas “Jangan Nak Temberang”

Tiga Pasukan Liga Super Bakal Berentap Dalam Piala Menteri Besar Terengganu

FAM Dapat RM10 Juta Daripada Kerajaan Untuk Pembangunan Bola Sepak