Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menyifatkan Safiq Rahim merupakan salah satu aset penting bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Safiq kembali ke pangkuan skuad Harimau Selatan musim ini setelah dua musim beraksi bersama Melaka United.

Mora menegaskan Safiq telah memberikan banyak kejayaan bagi pasukan sebelum ini dan beliau mengalu-alukan kehadiran bekas ketua pasukan skuad kebangsaan itu.

Benjamin Mora
Sumber Gambar: JST

“Dia (Safiq) telah memberikan banyak keceriaan buat penyokong dan pasukan ini.

“Selagi dia mahu menjadi pemain JDT dan membantu pasukan ini dengan cara yang baik, sudah pasti dia sentiasa dialu-alukan. Dia pemain yang hebat.

“Dia juga berlatih dengan amat baik dan sudah pasti akan menjadi satu aset buat JDT,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

Selain memiliki barisan tengah yang mempunyai kekuatan tersendiri, Benjamin Mora juga mempunyai barisan pemain sayap yang mempunyai kualiti serta kemampuan tersendiri.

Benjamin Mora
Sumber Gambar: JST

Empat pemain sayap iaitu Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Gonzalo Cabrera dan pemain baharu, Mohamadou Sumareh akan bersaing bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama.

Di bahagian tengah pula, ada lapan pemain termasuk Safiq yang akan bersaing bagi diturunkan dalam perlawanan musim ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Mohamadou Sumareh Sah Sertai Johor Darul Ta’zim

Selepas Dua Musim, Safiq Rahim Kembali Ke Pangkuan JDT

Tawaran Lumayan Faktor Utama Jonathan Herrera Dipinjamkan Ke Kelab Argentina