Ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora menjangkakan tentangan hebat akan diberikan oleh Terengganu FC pada separuh akhir pertama TM Piala Malaysia 2021 yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam ini.

Pendapat pengendali kelahiran Mexico itu ada kebenarannya selepas melihat Terengganu yang dibimbing Nafuzi Zain berada di puncak prestasi selepas dengan bergaya menundukkan Sarawak United ketika aksi suku akhir, tempoh hari.

Terengganu juga melakarkan rekod tanpa kalah di peringkat kumpulan setelah mereka mencatatkan lima kemenangan dan satu keputusan seri untuk mengungguli saingan kumpulan B yang turut disertai Selangor, Kuching City dan Perak.

Pemain seperti Muhammad Faisal Abdul Halim dan Jordan Mintah juga mempamerkan aksi cemerlang yang mampu untuk memberikan kesukaran buat JDT pada malam ini.

Tambahan pula, Terengganu FC merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya menundukkan skuad himpunan bintang JDT pada aksi Liga Super musim ini.

“Aksi separuh akhir semestinya akan menjadi satu perlawanan yang sukar, kita semua tahu Terengganu sebuah pasukan baik tambahan sentiasa menjaringkan gol.”

“Bermain di Terengganu selalu sukar cuma keadaan padang di sana mungkin boleh membantu untuk kami bermain cara bola sepak yang diinginkan.”

“Namun semua tahu mereka juga mahu menang, begitu juga dengan kami dan sudah pasti kedua-dua pasukan akan berikan yang terbaik dalam perlawanan ini,” tambah Benjamin Mora lagi.

Teruskan membaca artikel-artikel lain seperti dibawah.

TMJ: “Kalau Setakat Upgrade Fasiliti Sikit, Jual Baju Dan Buat Video, Real Chukai FC Pun Boleh Buat.”

RASMI: Jodoh Ole Gunnar Solskjaer, Manchester United Berakhir

Sergio Aguero Bakal Umum Persaraan Kerana Masalah Jantung