Benjamin Mora dalam sidang media selepas perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 semalam, menjelaskan bahawa Diogo Luis Santo dan Syafiq Ahmad masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dalam memberikan sumbangan kepada pasukan.

Beliau yang diajukan soalan sekiranya terdapat perbezaan sekiranya Diogo tidak berada diatas padang dan Syafiq diturunkan, adakah lebih bagus, lebih teruk atau pun tiada perubahan.

“Ia adalah berbeza. Kedua-dua pemain ini memberikan sesuatu yang berbeza kepada pasukan. Mereka berada ditahap terbaik.

74183648_1489045644592063_6485145745010720768_n

“Pastinya Diogo sebagai pemain import memberikan intelligance, pengalaman, kawalan bola yang menarik serta menjaringkan gol. Manakala Syafiq pula merupakan salah seorang penyerang yang terbaik di Malaysia.

“Syafiq mampu bermain dipelbagai posisi samada sebagai pemain no.9, winger, pemain dibelakang striker, dia boleh buat banyak kerja untuk pasukan dan dia berada dalam prestasi terbaik.

Benjamin Mora juga menjelaskan bahawa beliau tidak risau mengenai Syafiq Ahmad untuk dimasukkan, cuma sedih Diogo tidak dapat meneruskan permainan kerana saya mahu semua orang bermain.

73182188_3122657351140082_6389634880757563392_o

“Kami sedar mengenai perkara ini (risiko kecederaan Diogo), kerana beliau tidak berada dalam keadaan cergas 100% ketika diturunkan malam ini (semalam), dan ia benar-benar terjadi.

Ketua jurulatih JDT itu dengan jelas mengakui kemasukkan Syafiq Ahmad dalam perlawanan itu adalah satu keputusan tepat dan Syafiq melakukan tugasnya dengan cemerlang.

Baca juga artikel berkaitan Piala Malaysia 2019 yang telah kami sediakna untuk anda.

Syafiq Ahmad: Ini Adalah Gol Pertama Saya Dalam Perlawanan Akhir, Rakam Penghargaan Untuk Rakan Sepasukan

Johor Darul Ta’zim Juara Piala Malaysia 2019, Unggul Dengan Keputusan 3 Gol Tanpa Balas

Stadium Bukit Jalil Bukan ‘Badi’ Untuk Skuad Harimau Selatan, Buka Lembaran Baharu Buru Kejuaraan Piala Malaysia