Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora memberikan sebab utama mengapa beliau tidak menyenaraikan pemain sayap, Gonzalo Cabrera dalam skuad bagi menghadapi saingan AFC Champions League (ACL) musim ini.

Menurut Mora, Cabrera tidak dapat disenaraikan kerana peraturan kuota empat pemain import yang dikenakan dalam saingan tersebut selain beliau mahu mengukuhkan bahagian pertahanan bagi menghadapi cabaran dalam kumpulan G.

Oleh itu, Mora memilih untuk menyenaraikan pemain pertahanan dari Australia, Shane Lowry berbanding Cabrera dimana Shane boleh bergandingan dengan Mauricio di bahagian pertahanan.

Selain itu, menurut Benjamin Mora skuad kendaliannya sudah memiliki beberapa pemain sayap yang berkualiti seperti Safawi Rasid, Arif Aiman, Mohamadou Sumareh dan Akhyar Rashid bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Cabrera.

Seorang lagi pemain, Shahrul Saad turut tidak disenaraikan ekoran masih menjalani tempoh pemulihan daripada kecederaan yang dialami.

Dalam kumpulan G, JDT diundi bersama Nagoya Grampus (J. League), Pohan Steelers (K League) dan Ratchaburi (Thai League).

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Safawi Mohon Maaf Mengenai Cara Raikan Gol Ketika Berdepan Thailand

JDT Ketepikan Gonzalo Cabrera Dari Skuad ACL, Senaraikan Finalis Program Mencari Ramli

TMJ: “Kepada Presiden FAM, Izinkan Saya Menguruskan Pasukan Kebangsaan”