Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menegaskan beliau gembira dengan semangat juang yang ditampilkan oleh anak-anak buahnya pada perlawanan menentang Nagoya Grampus semalam.

Meskipun tewas, namun Mora berpendapat pasukannya menampilkan prestasi yang baik dan JDT dilihat menguasai perlawanan dalam banyak situasi.

“Saya amat gembira dengan semangat juang pasukan. Kami tidak merosot atau tunduk mengalah setelah dibolosi dengan jaringan dua gol.

“Kami sedar Nagoya adalah sebuah pasukan yang kuat. Kami tahu ia akan menjadi sangat sukar. Kami telah merehatkan beberapa pemain agar mereka dapat pulih untuk perlawanan seterusnya, dan para pemain yang bermain telah memberikan persembahan yang sangat baik.

“Mereka mencuba sebaik mungkin, mereka memberi tekanan, mereka berlari serta mereka memiliki bola dan melaksanakan identiti kami.

“Saya rasa statistik akan menunjukkan kami menguasai dalam banyak situasi. Ia begitu sukar untuk melihat dua percubaan hanya mengenai palang, itu mungkin akan menjadi cerita yang berbeza.

“Tetapi pada saya untuk mengawal lebih kurang 55 minit permainan adalah pencapaian yang bagus bagi kami kerana corak, ‘game plan’ kami berjaya dan kami hanya memerlukan dua jaringan gol untuk penutup yang baik.

“Tetapi ini adalah bola sepak dan ini akan mendorong pasukan untuk terus berjuang melawan Ratchaburi dengan segala yang kami ada supaya kami mendapat tiga mata’l kata Benjamin Mora.

Wakil tunggal Liga Malaysia itu sudah tidak berpeluang untuk mara ke pusingan seterusnya dimana Nagoya dan Pohang Steelers mengisi dua tangga teratas dalam kumpulan G.

JDT akan menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan turun menentang Ratchaburi pada Rabu ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Dejan Damjanović Jadi Pemain Pertama Jaringkan 40 Gol Dalam Saingan ACL

Tewaskan JDT, Nagoya Grampus Sah Juara Kumpulan G

Netizen Marah Dembele Guna Kata Kata Berbaur Rasis Kepada Orang Asia