Hasrat Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mencatat kemenangan kedua pada perlawanan keempat peringkat kumpulan AFC Champions League (ACL) semalam tidak jadi kenyataan apabila skuad Harimau Selatan itu tewas 0-2 kepada Pohang Steelers.

Kekalaham yang ketiga itu turut menutup peluang JDT untuk mara ke pusingan kedua selepas hanya mampu mengutip 3 mata dalam 4 perlawanan.

Mengulas mengenai perlawanan menentang Pohang Steelers, pengendali JDT, Benjamin Mora menyifatkan mental para pemainnya mudah terkoyak selepas lawan jaringkan gol walaupun bermain dengan baik sepanjang 30 minit perlawanan.

“Namun apabila lawan menjaringkan gol, segalanya berubah terutama emosi dan mental pemain seolah-olah hilang untuk bersaing dalam perlawanan itu apabila mereka bagaikan hilang semangat dan corak permainan juga tidak tersusun.

“Kami cuba beri tentangan dan berusaha untuk bangkit namun tidak berhasil tatkala menentang Pohang yang juga pasukan hebat dan mereka beraksi dengan menyusun dan mengatur taktikal dengan baik.

“Apapun kami sudah beri yang terbaik dalam perlawanan itu dan jika dapat meraih mata sudah tentu akan melonjakan lagi semangat pemain seperti kami lakukan ke atas Ratchaburi FC tapi agak sukar untuk tewaskan Pohang Steelers,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

206961385_2048398225323466_274516407493594145_n
FOTO: JST

Beliau juga mengakui ketiadaan Leandro Velazqez turut memberi kesan kepada corak permainan pasukan namun menegaskan tidak boleh terlalu bergantung kepada pemain import dari Argentina itu.

“Leandro kerap membentuk serangan berbahaya terhadap pasukan lawan dan saya tidak nafikan memang terasa ketiadaan dia dalam pasukan tapi kami tidak boleh terlalu bergantung kepadanya dan pemain lain harus tampil menyerlah,” kata Mora.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Penjaring Terbanyak Piala AFC, Bienvenido Marañón Semakin Hampir Jadi Warganegara Filipina

Jepun Ada 451 Pemain Di Serata Eropah, 250 Pemain Aktif Bermain Dalam Liga Bola Sepak Jerman.

Pemain Vietnam Jual T-shirt Dengan Grafik ‘Jatuh Dalam Kotak Penalti’ Di Lazada Dengan Harga RM54 Sehelai

Menyanyi Lagu Kebangsaan Brazil Ketika Menyarung Jersi Vietnam, Punca Naturalisasi Tertutup Rapat?