Perlawanan keempat Liga Super 2021 diantara juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Selangor malam ini bakal menjadi tumpuan para peminat bola sepak tempatan dan dijangka menarik jutaan tontonan di laman You Tube.

JDT akan beraksi tanpa kelibat tonggak utama, Safawi Rasid yang dilanda kecederaan ketika perlawanan menentang UiTM FC beberapa hari lepas.

Bagaimanpun, pengendali JDT, Benjamin Mora tidak begitu bimbang mengenai ketiadaan Safawi kerana beliau mempunyai ramai lagi pemain berkualiti yang boleh beraksi di posisi sayap kanan.

“Pasukan ini masih mempunyai (Arif) Aiman, Ramadhan (Saifullah), (Mohamadou) Sumareh, Akhyar (Rashid) untuk diturunkan malah Nazmi (Faiz Mansor) juga boleh bermain di posisi itu, saya sememangnya belum tahu lagi untuk menurunkan siapa sebagai penggantinya.

“Saya bernasib baik kerana pemain-pemain ini sentiasa beraksi dengan begitu cemerlang jika diberi ruang, semua ini hanya berkenaan pemain dan saya hanya bertindak sebagai pemberi keyakinan kepada mereka.

“Safawi sememangnya seorang pemain yang terbaik di dalam Malaysia, seperti mana yang saya pernah beritahu banyak kali sebelum ini tetapi inilah bola sepak, ada masanya anda perlu berehat untuk sembuh daripada kecederaan,” katanya.

157179372_1959960920833864_7949937262343223199_o
FOTO: JST

Malah, Mora juga sudah pun membuat persiapan awal dengan merehatkan beberapa pemain tengah ketika menentang UiTM FC. Ia merupakan salah satu strategi beliau menggunakan sistem penggiliran supaya pemain cukup cergas berdepan skuad kendalian Karsten Neitzel malam ini.

Ia bermakna beliau mempunyai ramuan terbaik untuk memastikan 3 mata penuh menjadi milik Harimau Selatan sekaligus menjarakkan kedudukan mata liga.

“Segala-galanya memang perancangan saya setelah melakukan analisa terperinci keadaan pemain dan saya merehatkan Leandro Velazquez, Afiq Fazail manakala Naxto Insa hanya bermain sehingga minit ke-60, Gonzalo Cabrera dikeluarkan pada pertengahan separuh masa pertama.

“Hampir lapan ke sembilan pemain utama tidak menamatkan perlawanan dengan UiTM kerana kami gunakan penggiliran pemain, sekali lagi, saya bernasib baik semua pemain mampu beraksi dengan baik,” katanya dipetik dalam laman web MSL.

Rekod pertemuan musim lalu memihak kepada JDT apabila melakar kemenangan besar 6-1 berdepan Selangor di Stadium Sultan Ibrahim dengan Safawi meledak dua jaringan pada perlawanan itu selain Ramadhan (dua gol), Diogo dan Cabrera.

Namun begitu, Selangor kali ini dibarisi oleh pemain yang berbeza dan perlawanan pasti akan berlangsung dengan sengit. Adakah Selangor akan lakar kejutan di Stadium Sultan Ibrahim malam ini?

Menarik untuk disaksikan..

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Magis Dollah Berhasil Bantu Sri Pahang Raih Kemenangan Pertama Liga Super

Pengadil Gagal Kesan Simulasi Pemain PJ City Digantung 2 Minggu, 3 Pemain Dirujuk Ke Jawatankuasa Tatatertib FAM

Statistik Ringkas Perlawanan Kedua Liga Super 2021

Aksi Bertenaga Izreen Izwandy Dapat Pujian Bojan Hodak

Penyokong Kuala Lumpur ‘Bengang’ Dengan Pengurusan Pasukan, #TAMKeterehOut Jadi Perhatian