Peminat bola sepak tempatan hari ini dikejutkan dengan berita kemalangan yang membabitkan penyerang skuad kebangsaan dan JDT, Syafiq Ahmad sehingga mengorbankan bayi lelakinya pada awal pagi tadi.

Dalam kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vellfire berwarna hitam itu, ibu mertuanya Zainab Wahab serta pembantu rumah warga Indonesia Titik Sukamti, turut maut manakala isterinya dan anak pertama sedang dirawat di hospital.

Pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut menyampaikan ucapan takziah dan baginda menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan gambar-gambar atau video berkaitan kemalangan itu bagi menjaga sensitiviti dan perasaan Syafiq sekeluarga.

Sebagai tanda penghormatan, TMJ turut bertitah bendera JDT di Stadium Sultan Ibrhaim dikibarkan separuh tiang, stadium diterangi dengan lampu putih dan mesej takziah dipaparkan di skrin besar.

Malah, TMJ turut menghantar Setiausaha Sulit bersama dengan pegawai agama Jabatan Agama Islam Negeri Johor ke Pulau Pinang untuk membantu Syafiq Ahmad dan mempermudahkan segala urusan.

Selain itu, beberapa pemain tempatan serta jurulatih turut menyampaikan ucapan takziah dan berharap bekas pemain Kedah itu tabah menempuhi dugaan.

Kesempatan ini, VocketFC ingin mengucapkan salam takziah kepada Syafiq Ahmad atas pemergian ahli keluarga beliau. Semoga diberi kekuatan untuk menghadapi ujian besar ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

RASMI: Jersi Baharu Skuad Kebangsaan Dilancarkan, Refleksi Budaya Ekspresif Dan Penghormatan Tradisi Harimau Malaya

Media Sepanyol Ini Dedahkan Kelab Dari Malaysia Buru Khidmat Diego Rolan

Azri Abdul Ghani Dedah Faktor Utama Sertai Pasukan Perak

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group