Semalam pihak J.League secara rasmi telah mengeluarkan penyata kewangan rasmi untuk setiap kelab dalam saingan J1, J2 dan J3 bagi tahun kewangan 2019 yang lalu.

Banyak laman web yang menyiarkan bahawa Vissel Kobe telah berjaya mencipta rekod keuntungan paling tinggi pernah dicatatkan oleh kelab profesional dalam saingan J.League. Benarkah begitu?

Berdasarkan lampiran rasmi yang dikeluarkan oleh pihak J.League dilaman web rasmi mereka, kenyataan bahawa Vissel Kobe mencatatkan keuntungan sebanyak JPY114 bilion atau RM462.78 juta itu sebenarnya tidak tepat.

Screenshot 2020-05-28 at 6.06.30 PM

Seperti yang tertera dalam gambar diatas, dokumen rasmi J.League itu menyatakan bahawa Vissel Kobe merekodkan pendapatan atau revenue paling tinggi dengan kutipan sebanyak JPY11.44 bilion, pertambahan sekitar JPY1.774 bilion berbanding tahun 2019. (Sila rujuk kepada kotak hijau diatas)

Hanya ada 2 buah kelab sahaja yang berjaya merekodkan peningkatan perolehan melebihi JPY1 bilion iaitu Vissel Kobe dan Nagoya Grampus. (Rujuk kotak biru diatas)

Tidak dinafikan dengan kehadiran beberapa pemain bintang dunia seperti Lukas Podolski, Andres Iniesta, Thomas Vermalen, David Villa dan lain-lain telah banyak membantu Vissel Kobe untuk memecahkan rekod perolehan dalam sejarah bola sepak Jepun.

Screenshot 2020-05-28 at 6.14.20 PM

Namun, kita perlu juga melihat berapa kos yang telah digunakan oleh pasukan. Penyata ringkas diatas menunjukkan jumlah kos yang dikeluarkan untuk perbelanjaan gaji pasukan dan tidak termasuk segala kos sampaingan lain lagi.

Kebiasaannya, satu penyata lain akan dikeluarkan oleh pihak J.League yang akan menunjukkan semua perolehan dan perbelanjaan pasukan tidak lama lagi.

VisselKobe

Dari penyata diatas, kita dapat lihat Vissel Kobe juga merupakan pasukan yang paling besar berbelanja iaitu sekitar JPY 6.923 bilion atau RM280 juta!

Jadi dapat kita simpulkan bahawa Vissel Kobe bukanlah kelab yang mencatatkan keuntungan paling tinggi, tetapi sebenarnya adalah kelab yang merekodkan perolehan atau revenue paling tinggi dalam sejarah bola sepak Jepun.

Kelab Mana Paling Untung Dalam Saingan J.League 2019?

Mengikut sebuah artikel yang diterbitkan oleh Football Zone, Kawasaki Frontale muncul sebagai kelab paliing untung di Jepun pada tahun 2019.

Dalam penyata kewangan yang dikeluarkan diatas, Kawasaki Frontale mencatatkan perolehan sebanyak JPY6.69 bilion dan jumlah ini sebenarnya adalah lebih sedikit dari perbelanjaan Vissel Kobe!

Perbelanjaan pasukan pula dicatatkan sebanyak JPY2.958 bilion sahaja dan membolehkan Kawasaki Frontale mengutip keuntungan sebanyak JPY562 juta atau RM22,715,907 bagi musim 2019.

Berapa pula keuntungan Vissel Kobe? Kelab yang dimiliki oleh taikun Rakuten, Hiroshi Mikitani itu mencatatkan keuntungan sebanyak JPY243 juta atau RM9,821,818 sahaja dan berada ditempat ke-2 dibelakang Kawasaki Frontale.

Jangan terlepas membaca artikel padu lain berkaitan bola sepak ASEAN yang telah kami sediakan untuk anda dibawah ini.

Berkongsi Pengalaman Berkaitan Pengurusan Kewangan, Ini 9 Nasihat Azmeer Yusof Kepada Pemain Bola Sepak

Stephan Schrock: “Bola Sepak Hanya 3 Jam Sehari, Baki 21 Jam Lagi Adalah Mengenai Kehidupan”

Andres Tunez Sah Jadi Rakan Sepasukan Mat Yo, BG Pathum United ‘Kutip’ Pemain Bintang Thai League