Pemain kacukan England-Thailand, Ben Davis menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang perancangan untuk kembali ke Singapura bagi memenuhi panggilan Khidmat Negara (NS) dimana pemain berusia 17 tahun itu mahu menumpukan perhatian terhadap karier di England dan mahu mewakili Thailand di peringkat antarabangsa.

Ketika ditemu-bual oleh CNA, Davis menyatakan beliau tidak menyesal mengabaikan panggilan Khidmat Negara dan menganggap itu adalah keputusan terbaik.

Ben Davis
Ben Davis

“Ianya satu keputusan yang tepat. Saya rasa saya tidak akan kembali ke sana (Singapura). Untuk saya, perkara paling penting ialah berjaya dalam bola sepak. Saya tidak akan melihat kepada masa lampau,” katanya yang ketika ini berada di Bangkok ketika menyertai kem latihan pusat skuad B-23 tahun Thailand.

Davis menambah fokus utama beliau ialah mewakili pasukan negara kelahirannya. Sebelum ini, pemain yang beraksi bersama akademi Fulham ini pernah dipanggil menyertai pasukan kebangsaan Singapura pada 2018, sebelum menandatangani kontrak bersama kelab dari London itu.

“Saya merasakan Thailand dan England adalah negara asal untuk saya. Ibu saya mahukan saya beraksi bersama Thailand dan saya mahu membuat ibu saya berasa bangga. Itu adalah sebab utama.

Ben Davis
Ben Davis ketika menyertai sesi latihan skuad kebangsaan Singapura. FOTO: FAS

“Saya sentiasa mahu bermain untuk Thailand atau England kerana standard yang lebih baik selain ianya tempat asal saya. Ketika saya di Singapura, sukar kerana saya membesar menerusi satu sistem dimana saya mempunyai perkembangan yang minimun. Saya bermain bola sepak di sana dan itu sahaja yang saya tahu,” tambah Ben Davis.

Davis membuat penampilan pertama bersama skuad senior Fulham pada perlawanan Piala Liga menentang menentang Southampton Ogos lalu dimana Davis masuk sebagai pemain gantian. Namun, beliau gagal untuk membantu Fulham dimana kelab tersebut tewas 0-1 dalam perlawanan tersebut.

Baca artikel lain mengenai Ben Davis di sini:

Thailand Sambar Khidmat Bintang Muda Fulham FC